Perlukah Suri Rumah Mengepam Susu?

Ada suri rumah yang mengatakan yang beliau PERLU mengepam susu dan ada juga suri rumah mengatakan yang beliau TIDAK PERLU mengepam susu kerana boleh direct feeding anak sahaja.

Dalam hal ini, Kak Maz berpendapat, terpulang kepada ibu suri rumah tersebut. Namun, dalam hal ini, Kak Maz nak kongsikan apa kebaikan sekiranya anda sebagai ibu suri rumah mengepam susu bagi menyimpan dan membuat stok EBM.

Ada 6 sebab ibu suri rumah PERLU mengepam susu untuk  beberapa keadaan:

  1. Perlu tinggalkan anak untuk satu tempoh. Contohnya, ibu perlu ke pasar basah untuk memberi barang dapur, ada kecemasan yang tidak sesuai untuk membawa bayi bersama, menghadiri majlis ilmu, kursus atau seeminar dan sebagainya.
  2. ME-Time. Sebagai ibu dan wanita ada masa ibu perlu meluangkan masa untuk diri sendiri. Contohnya, seperti berdandan di SPA, Salon, terapi diri dengan yoga. Ataupun mahu bersosial bersama rakan-rakan dan sebagainya.
  3. Ibu perlu memakan (consume) ubat hospital. Ada keadaan yang kemungkinan berlaku di mana ibu perlu makan (consume) ubat hospital yang dikuatiri akan memberi kesan sampingan kepada susu ibu untuk diminum oleh bayi. Jadi, stok EBM adalah penyelamat ketika itu.
  4. Elak situasi mengempeng. Jika ibu dapati anak selalu mengempeng (faktor-faktor mengempeng akak Kak Maz ceritakan kemudian ya), ibu boleh menawarkan (offer) bayi anda dengan susu EBM dalam botol  (bagi bayi yang sudah pandai dan tidak alami nipple confusion). Jadi ini dapat elakkan anak kerap mengempeng lama dengan ibu. Masa penyusuan dan pengurusan masa ibu juga akan lebih terancang.
  5. Pengeluaran susu ibu terganggu. Sesetengah ibu berkemungkinan akan mengalami gangguan pengeluaran susu ketika datang haid. Jadi stok susu EBM dapat membantu memenuhi demand anak ketika itu.

Bagaimana ibu suri rumah? Anda ingin mengepam untuk stok EBM selepas ini? Buat pilihan bijak..Tepuk dada tanya minda masing-masing 😉

clever mom uruskan masa penyusuan
Buatlah tindakan dan pilihan yang bijak sebagai ibu yang menyusu

Salam sayang, Salam penyusuan,

Kak Maz

 

|Dapatkan 3 pakej berpantang premium (checklist bersalin, resepi makanan pantang berselera dan coaching penyusuan esklusif 2 tahun) secara PERCUMA. Wassap Kak Maz 011.3957.4049 utk butiran lanjut.

|Mahu Jana wang tambahan RM500 sebulan dengan bisnes Shaklee? Daftar sekarang! Wassap Kak Maz 011.3957.4049 utk butiran lanjut.

| ID Shaklee KakMaz: 933888. Boleh gunakan ID Kak Maz di mana2 Cawangan Shaklee (branch) seluruh Malaysia utk dapatkan mana2 produk supplement shaklee pilihan anda dengan harga ejen. (Atau pm KakMaz utk daftar ajen dan jana income selanjutnya 😉

http://only4u.wasap.my

Leave a comment