9 Tips Kembalikan Bayi Melekat Breastfeed Balik Pada Payudara Ibu

Assalamualaikum Ibu menyusu yang HEBAT!
Ada beberapa kes yang selalu terjadi di mana anak tidak mahu hisap payudara ibu seperti yang kak Maz share sebelum ini di entry ‘baby tak mahu hisap breast saya, sedihnya!’.
Namun, jika ada bayi yang telah diajar minum susu ibu melalui direct botol, dan anda mahu kembalikan anak melekap pada breast anda untuk direct breastfeeding, ianya sebenarkan suatu cabaran sedikit yang perlu anda usahakan kerana anak anda telah selesa dengan puting botol. Apabila anda perkenalkan semula puting ibu, kebiasaannya bayi akan meronta dan menolak oleh kerana bayi akan mengalami kecelaruan puting atau kita panggil sebagai nipple confusing.
Ada dua kes nipple confusing:-
  1. Bayi yang diperkenalkan dengan puting botol setelah selesa dengan puting ibu
  2. Bayi yang diperkenalkan semula dengan puting ibu setelah selesa dengan puting botol
Okay, untuk entry kali ini, Kak Maz nak share berkenaan persoalan ini,
Ada tak tips untuk baby melekat breastfeed balik pada ibu?
Meh sini Kak Maz kongsikan beberapa tips mengenai bagaimana untuk kembalikan bayi menyusu di payudara ibu. Ada beberapa tips di sini –
  • Elak penggunaan botol dan puting tiruan – Semasa melatih baby untuk latch-on semula pada breast anda, anda perlu ketepikan penggunaan botol dan puting tiruan. Ini kerana untuk mengelakkan bayi celaru puting atau nipple confusing. Jika baby menolak untuk menyusu dengan payudara anda, offer susu ibu perahan menerusi picagari/sudu atau cawan. Jangan sesekali gunakan botol sepanjang proses ini. Bagi ibu bekerja yang akan kembali bekerja, jangan risau, anak akan sendirinya pandai belajar menggunakan botol nanti. Namun, perlu elakkan meminta bayi untuk belajar kedua-dua kemahiran (kemahiran belajar hisap menerusi payudara dan kemahiran belajar menghisap menerusi botol) pada masa yang sama.
  • Lakukan skin-to-skin contact ( sentuhan kulit ke kulit) di mana skin-to-skin contact ini diilustrasikan sebagai Kangaroo Care atau Kangaroo Mother Care (KMC) sangat membantu untuk proses ini – Sentuhan skin-to-skin ini akan merangsang bayi mencari payudara ibu untuk menyusu. Biarkan bayi lama di dada ibu sehingga bayi yang mencari payudara anda sendiri. Adalah digalakkan melakukan sentuhan kulit ke kulit ini sekerap mungkin.
skin to skin kanggaroo care penyusuan susu meriah
Sentuhan kulit ke kulit (kangaroo-care style) antara ibu dan bayi (gambar ilustrasi dari google)
  • Menyusukan ketika bayi tenang – iaitu pada waktu pagi atau setiap kali bayi baru bangun dari tidurnya. Jangan tunggu sehingga bayi lapar. Bayi yang apabila sangat lapar sudah tidak berminat untuk mencuba sesuatu yang baru.
    Semak asas pelekapan.
  • Lakukan pelekapan menyusu yang betul. Pastikan bahawa bayi diletakkan dengan betul di tangan anda.
  • Posisi penyusuan berkesan – Posisikan penyusuan anda pada posisi penyusuan yang serasi dan selesa dengan kedua-duanya. Tunggu sehingga mulutnya terbuka luas dan lidahnya keluar dan bersedia untuk menghisap di payudara.
  • Tunjuk ajar dan beritahu bayi – bercakap dan beritahu bayi anda supaya membuka mulutnya dengan cara anda buka mulut anda tanda ‘nganga’. Bayi yang baru lahir boleh meniru espresi muka orang dewasa.
  • Pam dahulu payudara anda untuk merangsang pengeluaran air susu – Setelah itu barulah anda offer payudara anda pada bayi untuk direct-feeding. Bagi bayi yang baru dilatih untuk kembali melekap di payudara, tips ini akan memudahkan bayi anda melekap semula kerana aliran air susu sudah mula laju setelah anda pam tadi.
  • Gunakanlah picagari, sudu atau cawan untuk memberi susu perahan kepada bayi anda sekiranya bayi masih belum pandai melekap di payudara. Bayi yang masih kecil lumrahnya memang akan pandai minum dari cawan. Jangan gunakan botol walau sekeras mana bayi menolak payudara anda. Berikan alternatif lain seperti picagari, sudu dan cawan, bukan botol susu. Kerana penggunaan botol kepada bayi menyebabkan bayi anda akan terus-terusan keliru puting atau nipple-confusing . Dapatkan bantuan untuk beri bayi minum menerusi cawan ini.

Bayi yang sudah biasa dengan puting botol akan menolak payudara ibu buat pertama kalinya. itu adalah normal. Ibu perlu sabar untuk kembalikan bayi lacth-on direct dengan payudara anda. Pujilah bayi anda, ucapkanlah pujian untuk setiap langkah penyusuan direct bayi dengan payudara anda walaupun hanyalah langkah seperti bayi mula membuka mulut untuk latch ke payudara. Bayi dapat memahami espresi muka ibu. Senyum dan sokong bayi anda untuk menyusu di payudara anda ya. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk menarik semula minat bayi untuk melekap direct-feeding kembali. Namun, anda pasti boleh melakukannya! 😉

skintoskin1
Benefit of Skin-to-skin contact are bonding time and especially for breastfeeding

Moga 9 Tips Kembalikan Bayi Melekat Breastfeed Balik Pada Payudara Ibu ini membantu mommies dan selamat berjaya!

Salam sayang,

Kak Maz

|Penyokong penyusuan esklusif dua tahun untuk ibu bekerjaya|W.A 011.3957 4049

 

|Dapatkan 3 BONUS TIPS (iaitu checklist bersalin, resepi makanan pantang banyakkan susu dan coaching penyusuan esklusif 2 tahun) secara PERCUMA dengan setiap pembelian set Premium Penyusuan Shaklee. Wassap Kak Maz 011.3957.4049 utk butiran lanjut untuk BONUS TIPS ini.

|Mahu Jana wang tambahan RM500 sebulan dengan bisnes Shaklee? Daftar sekarang! Wassap Kak Maz 011.3957.4049 utk butiran lanjut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s