Bagaimana Cara Pam Susu Berkesan? 20-30 minit?

 

Mesti semua ibu yang menyusu terutamanya nak tahu tentang topik ini bukan? tambah-tambah lagi bakal ibu yang juga first time mother yang tengah mengandung itu pun mesti tertanya-tanya mengenai bagaimana cara pam yang betul lagi berkesan bukan?

Mari baca ini Kak Maz kongsikan cara pam susu dengan cara betul dan berkesan cara saya. Ada tiga peringkat best lagi mudah untuk pam susu ni. Let’s check it out!

cara-pam-susu-betul-dan-berkesan
Perkakasan mengepam susu adalah suatu aset yang bermakna buat ibu menyusu (sumber ilustrasi dari Medela)

Tips Persediaan Sebelum Pam Susu

  1. Sediakan semua set pengepam iaitu:
    •  breast pump
    • botol susu yang bersih
    • bekas storage susu yang bersih (samada botol atau storage plastic bag)
    • cooler bag untuk menyimpan susu perahan
  2. Kenalpasti plug sambungan elektrik jika breastpump anda memerlukan soket elektrik.
  3. Kenalpasti tempat untuk mengepam yang selesa untuk ibu. Jika di pejabat, ibu boleh mengepam di surau atau di workstation sendiri. Bagi Kak Maz di surau lebih selesa. Tetapi jika keadaan memerlukan ibu pam di workstation sendiri, iainya bukanlah satu masalah. Ibu boleh pam di workstation sendiri. Tips nya, ibu boleh menggunakan pashmina untuk melindungi daripada dilihat oleh pekerja lelaki lain semasa sesi mengepam tersebut.
  4. Kemudian untuk bermula, sambungkan pam susu dengan botol susu ibu.
  5. Posisikan botol susu ibu dengan selesa.
  6. Bertenang.
  7. Setkan dalam minda positif ibu dan bayangkan (imagine kan) bahawa anda akan mendapat jumlah oz sekian sekian. misalannya anda bayangkan botol susu yang anda sedang pegang itu akan penuh! Dapat info setakat ini? Ini adalah sebahagian dari ilmu imaginasi & kuasa minda 😉 😉

Tips Semasa Pam Susu

1. Bermula dengan level rendah (level paling slow) iaitu lebih kurang level 1-3 untuk rangsangan Let Down Refleks (LDR).

2. Bila mula terasa rangsangan (sakit susu nk keluar), ibu kemudiannya naikkan level sedikit demi sedikit. Misalannya tadi level 3 sekarang naikkan ke level 4 hingga sesuai dengann payudara ibu. Jangan terus tukar ke level yang kuat kerana dikuatiri payudara ibu akan sakit atau melecet.

3. Ketika LDR pertama itu, susu perahan boleh dapat dalam 1 oz hingga 2 oz dengan cepat.. Namun, ia bergantung pada badan masing2. Kekadang ada ibu yang dapat lebih banyak lagi. Pada ketika ini ibu boleh naikkan lagi level breastpump.

4. Selepas 10 minit, turunkan semula pada level rendah 1-3 td. Tujuannya untuk rangsang semula bagi dapatkan LDR. Dalam tempoh 30minit ibu boleh dapat 3 kali LDR (bergantung pada badan ibu masing-masing, kadang2 ada yang tak dapat jumlah itu).

Walau bagaimanapun, ibu boleh juga cuba kaedah di mana selepas mendapat LDR yang pertama itu ibu tingkatkan level breastpump sehingga ke level paling tinggi sedikit demi sedikit. Contohnya, selepas LDR pertama, mungkin pada level 3, kemudian ibu tingkatkan ke level 4, level 5 atau sehinga ke level maximum breastpump ibu. Kaedah ini juga dapat membantu ibu mendapatkan LDR beberapa kali dalam tempoh 20-30 minit tersebut. Hasil susu perahan & LDR semasa sesi mengepam bergantung kepada hormon oksitosin & prolaktin badan ibu ketika sesi mengepam. Ibu boleh lihat tips Kak Maz share di sini ada cara diselitkan bagaimana nak tingkatkan LDR dan hormon oksitosin ketika mengepam. Ibu mesti boleh! 😉

5. Maximum pam 30 minit sahaja, kalau lebih dari 30 minit dikuatiri tisu sekeliling payudara mommies akan terkoyak..nanti susah pulak nak pam untuk sesi seterusnya bukan? Namun, pastikan setiap sesi anda pam sehingga dapat ‘mengosongkan payudara’ ya! 😉

 

poster buku planner breastfeeding pertama di malaysia

 

 

Tips Selepas Pam Susu

Mommies perlu simpan susu perahan di dalam cooler bag yang di bawa atau jika ada refrigator di pejabat, mommies boleh letak di refrigator sementara waktu bekerja (amaran, jangan letak di freezer lagi jika momies perlu membawa susu perahan itu pulang ke rumah kerana susu beku yang telah cair hanya dapat bertahan dalam tempoh 24 jam). Setelah pulang ke rumah, mommies boleh pindahkan susu perahan dari cooler bag tersebut ke freezer atau deep freezer. Susu perahan yang disimpan di peti sejuk beku kita panggil sebagai Expressed Breast Milk (EBM).

Justeru itu, pengurusan lanjut mengenai EBM dan jangka hayat susu EBM ini mommies boleh rujuk di enty yang dikongsikan di sini Panduan Penyimpanan EBM.

Itu sahaja! 😉

**

Wahh, banyak sangat tips nye kan.. untuk memberi yang terbaik buat bayi kita, pengorbanan ibu adalah tidak ternilai. Namun, sebenarnya cara pam susu tidaklah susah malah menjadi mudah bila kita dah biasa dan selalu buat, betul tak? Alah bisa tegal biasa. Sekian, hingga di sini sahaja dulu, then kak Maz nak pesan jangan skip jadual mengepam tau kalau nak susu terus melimpah dan tidak drop!

“Jadikan saat mengepam itu saat yang dirindui”

Akhir kata, semoga  tips cara pam susu ini bermanfaat buat anda ya wahai ibu menyusu yang penuh dengan kasih sayang! 😉 ❤ ❤ ❤

Salam sayang, 

Kak Maz

|Jika ibu perlukan sokongan penyusuan, bahu saya ada untuk anda 011.3957.4049

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s