5 Tips Kembalikan Susu Ibu Setelah ‘Drop’

Tipu kalau ada ibu yang menyusu tidak pernah alama fasa susu drop. Mesti ada masa di mana ianya drop dalam erti kata jumlah perahan oz kurang dari sebelumnya bukan? Anda boleh rujuk di sini sekiranya anda mencari punca kenapa kekadang susu banyak kekadang susu drop.

Okay, Kak Maz di tanya,

Apa nak buat ni susu saya dah drop untuk dua-tiga hari ni, saya nak susu yang meriah macam sebelumnya. Tolong, rasa sedih sangat, rasa down, tak tahu nak buat apa, stok pun dah mula susut..huhuu..

Apa nak buat??

#Pertama sekali anda sebagai ibu yang mahu menyusukan esklusif perlu bertenang sekiranya anda sedar susu makin drop. Anda perlu bertenang dan positif, anda sudah capai sehingga ke saat dan detik ini, berjaya kumpul stok, anak selama ini berjaya disusui oleh susu badan anda sendiri dalam tempoh sehingga masa sekarang. Susu drop bukan noktah, anda tidak perlu give-up. Tak perlu give up, ya anda JANGAN GIVE-UP!

Anda hanya perlu bertenang dan positif. Ingat kembali kenapa anda memilih untuk menyusu susu ibu secara esklusif dari awal dulu? Boleh lihat kenapa Kak Maz bermula dan memilih untuk menyusukan bayi secara esklusif di sini. Semuanya pasti ada jalan penyelesaian, susu anda akan kembali ke kuantiti perahan oz seperti sediakala. Misalannya sebelum ini satu botol anda mampu 4-5 oz, ya sekarang badan anda juga mampu hasilkan 4-5 oz seperti dulu. Katakan pada diri, anda hanya perlu usaha keras sedikit lagi untuk kembali ke oz idaman seperti dulu.

#Kedua, anda perlu cipta mind set membina. Set kan dalam minda anda yang anda akan usaha sehingga berjaya kembalikan susu yang drop itu. Set kan minda anda untuk usaha seperti jaga diri dan buat power pumping. Setkan yang badan anda bersedia ke arah usaha itu dan badan anda mampu pulih dan kembalikan susu yang telah drop itu dengan usaha yang anda bakal lakukan.

#Ketiga, disiplinkan diri dengan ikut jadual pam yang betul sekurang-kurangnya kosongkan payudara 2-3 jam sekali, paling lama 30 minit setiap sesi ketika di tempat kerja. Jangan skip mengepam atau tunggu payudara penuh baru pam -itu salah untuk penyusuan esklusif. Kerap kosongkan payudara anda mengikut jadual mengepam. KErap kosongkan payudara anda. Ketika pulang kerja, jangan lupa buat tandem pumping ketika anak tengah direct feeding dengan kita. Kosongkan serentak payudara anda walaupun anda berada dirumah. Semua ini untuk tingkatkan demand penghasilan susu dari kilang susu badan anda.

#Keempat, buat power pumping pada malam hari. Power pumping dengan teknik yang betul sangat membantu. Pastikan anda tidur terlebih dahulu dan bangun kira-kira jam 2.00 – 3.00 pagi untuk buat power pumping atau/dan 5.00 – 6.00 pagi. Jangan hanya buat satu malam, buat untuk semingu dua minggu atau sehingga badan anda pulih dan dapat hasilkan oz susu perahan yang dikehendaki. Di sini sangat pentingnya mind set membina seperti yang kita bincangkan tadi. *Teknik power pumping akan Kak Maz ceritakan di lain entry ya, stay tuneee.. 😉

#Kelima, dalam fasa pemulihan kembalikan susu drop, anda perlu JAGA BADAN. Jaga badan bagaimana? Pastikan anda jaga apa yang anda makan, elakkan kafein, makan makanan berkhasiat dan sihat, tingkatkan vitamin, dan untuk kesan yang pantas, kalau dapat pastikan anda perolehi ‘raja segala tumbuhan’ iaitu alfafa yang hebat sebab ianya kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, zat galian, vitamin, enzim & fitokimia.Insyaallah anda akan dapat merasai kesannya sepantasnya dalam masa yang sama teruskan amalan pengosongan payudara secara kerap 2 ke 3 jam sekali.

Selain itu, anda perlu pastikan diri anda cukup tidur dan kawal stress anda. Sebab itu perlu bertenang dan positif. Percaya akan diri anda dan usaha anda. Anda pasti boleh kembalikan susu anda yang mula drop sebab badan anda insyaallah boleh hasilkannya. Its all about mind set dan usaha, gunakan kuasa minda anda untuk arahkan badan dan kilang susu anda hasilkan lebih banyak susu dgn usaha untuk keker pengosongan payudara anda itu. Insyaallah. Dan DOA mohon bantuan Allah dalam usaha anda itu. Segalanya dari Allah. Jika dapat buat solat hajat untuk hajat penyusuan anda itu. Insyaallah dengan kehendaknya, pasti boleh!! 😉 😉

**

Kesimpulannya, anda adalah penentu penyusuan esklusif bayi anda. Anda usaha, anda dapat!

energetic-mom-n-baby-susu-ibu
Beruntungnya si anak dan diri anda jika anda berusaha berjaya dalam penyusuan esklusif 2 tahun

 

Sekian, moga entry ini membantu dan bermanfaat. Please spread it and share it, moga ada ibu lain yang juga dapat di bantu, insyaAllah 🙂

 

Salam sayang,

Kak Maz

|whats’app untuk sokongan penyusuan 011.3957.4049.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s