Wow! Best & Mudahnya Gadget Ibu Menyusu

Gadget asas dan basic untuk penyusuan ada tiga sahaja.

  1. Payudara ibu
  2. Jari untuk perah susu (boleh perah susu dengan jari sendiri jika tiada breastpump)
  3. Bayi untuk disusui atau bekas untuk simpan susu perahan

Hihi.. tu wajib ya. Ada tiga sahaja perkara asas tu takda gadjet (alat) lain pun tak apa. Kalau tidak mana namanya penyusuan kan? 😉

Namun, jika mommies ada baget lebih, ada beberapa gadget penyusuan yang membantu seperti:

  1. Peralatan mengepam – set breastpump -termasuklah mesin breastpump, tiub, silikon dll.
  2. Cooler bag – tempat simpan susu perahan yang mengandungi ice brick, botol susu/storage plastic bag untuk menyimpan susu EBM.
  3. Jadual mengepam susu jika di pejabat.
  4. Sticker dan pen untuk menulis tarikh dan masa untuk setiap susu perahan. Catatan tarikh dan masa mengepam ini penting untuk menentukan jangka hayat EBM (boleh rujuk cara pengurusan EBM di sini)
  5. Beg gadjet menyusu – yang menyimpan kesemua peralatan yang disebut di atas. Ada bag ini memang memudahkan kita sebagai ibu yang bekerja bila mahu pam di office. Beg gadget mengepam termasuklah- set daripada breastpum, cooler bag, botol susu perahan, EBM storage, sticker, pen, pashmina. Kak Maz selalu akan membawa gambar baby bersama dalam beg tersebut (atau juga boleh simpan gambar dan video dalam henfon) untuk dilihat  kerana melihat gambar baby kita ianya sebagai booster oksitosin ketika mengepam susu. ihihi.. Selain itu, Kak Maz ada satu buku rekod penyusuan, ala-ala buku 555 macamtu, bagi mencatat jumlah oz perahan untuk setiap sesi mengepam di pejabat. Jadi Kak Maz dapat monitor naik turun susu perahan EBM sendiri. Jika turun kita dapat mulakan langkah naikkan demand dan tingkatkan produksi susu dan aim untuk dapat kan jumlah oz idaman itu. Melihat rekod oz perahan susu sendiri yang banyak jugak dapat membantu memberi semangat! 😉  Kemudian, perahlah susu dengan tenang dan gembiranya! (boleh rujuk bagaimana cara pam susu berkesan di sini)
rekod jumlah susu perahan
Antara Rekod jumlah susu perahan harian April 2015 Kak Maz ketika mengepam di pejabat 

***

Okay, itu dia ringkasan 5 gadjet menyusu untuk ibu bekerja. Simple bukan? ‘Pandang’ ianya simple okay, kerana anda adalah apa yang anda fikirkan 😉 Alah bisa tegal biasa. Jadikanlah penyusuan itu mudah dan organize kan gadjet menyusu anda supaya ia secara langsung dapat memudahkan dan mewujudkan mood keseronokan dalam penyusuan!

penyusuan esklusif dan ibu bekerja berjaya menyusu 2 tahun
Keseronokan Dan Kejayaan Penyusuan Adalah Hasil Daripada Tindakan Ibu Itu Sendiri

Salam sayang

Kak Maz

|Pejuang dan Penyokong Penyusuan Esklusif 2 Tahun.

|Berminat menjadi ahli Shaklee, contact me 011.3957.4049

| ID Shaklee KakMaz: 933888. Boleh gunakan ID Kak Maz di mana2 Cawangan Shaklee (branch) seluruh Malaysia utk dapatkan mana2 produk supplement shaklee pilihan anda dengan harga ejen. (Atau pm KakMaz utk daftar ajen dan jana income selanjutnya 😉

http://only4u.wasap.my

Leave a comment