Jadual Mengepam Susu – Wajib Konsisten

Jadual mengepam susu.

Apa ada pada jadual mengepam susu? Penting sangat ke sehingga perlu ikut jadual mengepam? Ok kot kan kalau hanya pam bila rasa payudara penuh?

Tidak bolehkah ibu menyusu hanya mengepam mengikut masa yang ditetapkannya sendiri? Tidak bolehkah ibu menyusun jadualnya sendiri? Apa sebenarnya syarat jadual mengepam ini? Adakah ianya wajib, harus atau hukumnya sunat untuk penyusuan?

Oopsss! 😉

Haaa.. itu antara soalan-soalan yang bermain di bibir-bibir ibu yang menyusu terutamanya oleh ibu yang baru mahu bermula untuk menyusukan bayi secara esklusif. Adakah itu juga antara soalan yang turut bermain di bibir mommies yang sedang membaca entry sekarang ini?

Ok, ada beberapa version jadual mengepam susu sebenarnya. Mommies sebenarnya boleh mengikut sebarang jadual mengepam samada ianya datang daripada rujukan sah dari artikel kesihatan, kaunselor laktasi ataupun ianya dari sumber pengalaman oleh ibu menyusu yang sudah menjayakan penyusuan sekurang-kurangnya esklusif 2 tahun.

 

Apa ada pada jadual mengepam susu?

Ya, memang macam-macam ada. Bukan hanya ada apa dengan cinta 😉

Dalam jadual mengepam, mommies perlu rancang dan rangka jadual mengepam susu mommies. Perancangan perlu di buat seawal sebelum masuk kerja (oleh ibu yang berpantang). Ibu perlu tahu dan analyse waktu bekerja sedia ada mommies, faktor persekitaran di tempat kerja & job scope kerja mommies.

“Kenapa perlu kaitkan dengan semua itu Kak Maz?”

Sebagai seorang wanita bekerja (bekerjaya) adalah bagus jika kenal pasti terlebih dahulu waktu-waktu office hours anda kerana setiap orang tidak sama keadaannya. Kita tidak mahu faktor-faktor tersebut mengganggu proses mengepam dan jadual mengepam kita bukan? Contohnya, ada yang kerjanya outstation, jumpa clients, ada yang cikgu terpaksa akur dengan jadual waktu kelas, ada yang jurutera terpaksa turun side, manufacturing line dan sebagainya. Sebagai ibu bekerja yang nekad untuk menjayakan penyusuan esklusif dan ingin memberikan yang terbaik pada bayinya, hal semua ini pelu diambil kira. Namun, ianya bukanlah susah 😉

 

Penting sangat ke sehingga perlu ikut jadual mengepam nie?

Ya, penting! Bagi Kak Maz ianya adalah sangat penting. Sebab apa?  Sebab jika anda ingin menjayakan penyusuan esklusif susu ibu walaupun sekurang-kurangnya 6 bulan (bagus lagi jika diteruskan sehingga 2 tahun) follow jadual mengepam susu dengan konsisten adalah sangat penting. Jika tidak jangan meratap sendiri bila susu anda mula susut dan berkurangan, stok susu tidak cukup dan sebagainya.

Second point, kenapa ianya penting? Kerana dengan konsisten follow jadual mengepam susu, mommies akan mengekalkan demand penghasilan susu dari kilang susu badan mommies walaupun kita berjauhan dari baby ketika waktu bekerja. Dengan adanya kekerapan demand tersebut, otak akan menghantar signal ke kilang susu untuk terus menghasilkan susu dan dengan susu yang lebih banyak.

 

Ok kot kan kalau hanya pam bila rasa payudara penuh?

Na, na, na, na.. Jika mommies mahu esklusif penyusuan, jangan amalkan pam hanya bila payudara penuh. Itu salah mengikut rules penyusuan esklusif ya.

Syarat mengepam susu  untuk penyusuan esklusif adalah pam dalam sela masa 2 ke 3 jam sekali pam. Maksudnya dalam masa 2 ke 3 jam, mommies perlu pam susu (yakni kosongkan payudara). No tolerate ya 😉 Untuk kosongkan payudara dengan mendapat hindmilk, ianya memerlukan anggaran masa 20-30 minit setiap sesi.

 

Tak boleh ke ibu menyusu hanya mengepam mengikut masa yang ditetapkannya sendiri? Tak boleh ke ibu menyusun jadual dia sendiri?

Ya, boleh. Ibu meyusu memang boleh mengikut masa yang ditetapkan sendiri yakni mengikut jadual yang dibuatnya sendiri mengikut kesesuaian office hours dan job scope ketika itu. Namun, berbalik kepada konsep pengosongan payudara 2 ke 3 jam sekali pam, mommies perlu mengadaptasikan konsep itu ke dalam jadual mengepam mommies.

Jadual mengepam adalah adjustable selagi kita berpegang pada amalan pengosongan payudara 2-3 jam sekali pam. Kita boleh bermula pengiraan seawal pengosongan payudara menerusi direct-feeding bayi kita sebelum ke pejabat. Kemudian kita kiralah 2 ke 3 jam selepas itu, kita mulalah mengepam di pejabat. Contohnya, direct feed anak jam 6.30am, kita kira 2-3 jam kemudian adalah pada sebelum atau tepat pada 9.30am. Lebih kurang jam 9.30 am itu kita pam lah. Ianya boleh adjust asal ikut sela masanya. Dapat setakat ini mommies, faham?

Namun, untuk memudahkan cara jikalau mommies risau tidak berapa ‘akur’ dengan jadual adjustable sendiri, mommies boleh ikut follow sahaja standard guideline jadual mengepam yang Kak Maz sediakan untuk mommies seperti di bawah:

***

Untuk waktu Pejabat 9.00 am sehingga 6.00 pm

Di Luar Waktu Pejabat

Jam 8.30 am

Waktu Pejabat (3 Kali Sesi Dalam Waktu Pejabat)

(1) Jam 11.30 am

(2) Jam 2.30 pm

(3) Jam 5.30 pm

*Teruskan penyusan dengan direct feeding baby di rumah.

***

Untuk waktu Pejabat 9.00 am sehingga 6.00 pm

Di Luar Waktu Pejabat

Jam 7.30 am

Waktu Pejabat (2 Kali Sesi Dalam Waktu Pejabat)

(1) Jam 10.30 am

(2) Jam 1.30 pm (Waktu rehat/lunch, tidak menganggu waktu office hour anda)

(3) Jam 4.30 pm

*Teruskan penyusan dengan direct feeding baby di rumah.

(Untuk waktu pejabat yang bermula antara 8.30 am ke 5.30 pm, mommies awalkan 30minit dari setiap sesi tersebut ya).

***

Mommies disarankan memberitahu kepada majikan (boss) bahawasanya mommies ingin menggunakan beberapa masa untuk mengepam susu. Jika keadaan tidak mengizinkan mommies untuk melakukan 3 sesi pengepam dalam waktu pejabat, mommies boleh rujuk jadual yang dengan 2 kali sesi dalam waktu pejabat itu. Selain daripada surau, mommies boleh pam di workstation sendiri untuk menghindari dilabelkan sebagai kerap MIA (missing-in-action) di tempat kerja. Oopss! Elok elakkan ye. Berbincang dengan baik dengan boss anda ye.. Manusia bukannya robot, jika kena caranya semuanya boleh di bawa berbincang.. tidak begitu? 😉

 

Apa sebenarnya syarat jadual mengepam ini? Adakah ianya wajib, harus atau hukumnya sunat untuk penyusuan?

Seperti yang Kak Maz kongsikan di atas, syarat jadual mengepam adalah mengikut skala 2 atau 3 jam. Setiap sela masa 2 atau 3 jam, mommies perlu pam susu (yakni kosongkan susu dari kedua-dua belah payudara). Sekali lagi diingatkan selang 2 atau 3 jam sekali perlu pam.

Tiada jatuh hukum wajib, harus atau sunat secara islamik, tetapi jika mommies ingin MENJAYAKAN PENYUSUAN ESKLUSIF (6 bulan/terbaik 2 tahun), ikut jadual mengepam dengan konsisten mengosongkan payudara adalah sangat PENTING & MESTI.

Dapat setakat ini? 😉

jadual-pam-susu
Kegembiraan setelah berjaya penyusuan ESKLUSIF adalah tidak terkata, dan ianya suatu yang HEBAT untuk ibu dan anak

***

Okeh dear mommies, setakat itu sahaja perkongsian untuk topik kali ini. Moga bermanfaat! Sekian dahulu, akhir kata, ikut jadual mengepam susu itu wajib konsisten mesti konsisten ya, barulah mommies dapat menyusu dengan penuh gaya dan hati gembira ❤ ❤ ❤

 

Salam sayang, 

Kak Maz

|Perlukan sokongan penyusuan susu ibu? Hubungi 011.3957.4049. Bahu saya ada untuk anda.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

2 Comments Add yours

  1. Shaa says:

    Salam sy baru tengah berpantang hari ke 5 anak pertama. Sy ada masalah bengkak susu sejak dari hari ke 2. Anak sy admit ward jd sy hanya dpt pam susu utk hantar ke hosp. Tp masalah sy bila utk dptkan susu badan sy perlu mengepam slama 2jam dan bt kan sy letih. Sy ada msalah puting buta. Boleh tak bantu sy atasi masalah nie ? Sy tak tahan bengkak susu. Sy pam pun masih keras.

    Like

    1. Kak Maz says:

      Hi Sha. Tahniah atas kelahiran baru. untuk panduan mengenai puting, Sha boleh rujuk di sini dahulu https://teamsusuibu.wordpress.com/2017/02/02/puting-saya-jenis-tenggelamleper-boleh-menyusukah/ dan masalah bengkak susu ni boleh rujuk di sini https://teamsusuibu.wordpress.com/2017/04/14/aduhh-sakitnya-bengkak-susu/. Sha juga boleh try Lecithin sebagai suplement untuk masalah ini. Saya akan guide seterusnya insyallah 😉

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s