17 Resipi Makanan Pantang Untuk Tambah Susu Ibu.. Memang Hot Berselera!

 

daging-bakar-black-pepper-sedap-berpantang-menyusu

Assalamualaikum ibu menyusu yang tengah berpantang sekarang.. Jom zass 17 resipi berpantang yang dapat bantu tambah susu badan anda. Check it out! 😉

1. Daging Bakar Black Pepper

Bahan-bahan:

  • Beberapa hirisan daging batang pinang untuk di bakar
  • 3 biji bawang putih yang dihiris nipis/ditumbuk
  • Beberapa hirisan halia
  • Lada hitam/black peper yang ditumbuk hingga halus
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Basuh daging sebersihnya.
  • Campurkan bawang putih, halia, garam dan lada hitam dan gaulkan rata.
  • Lumur/sapu campuran tadi pada keseluruhan daging sehingga rata.
  • Bakar daging dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau anda boleh bakar atas dapur masak biasa pun boleh.
  • Selepas siap dibakar dan daging black pepper tersebut masak, bolehlah di makan bersama dengan nasi putih panas-panas.

2. Daging Goreng Aroma Berhalia

Bahan-bahan:

  • Beberapa hirisan daging batang pinang yang dibasuh bersih
  • 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah yang dihiris nipis/ditumbuk
  • Beberapa hirisan halia
  • Beberapa ulas kunyit hidup ditumbuk/dikisar halus
  • Beberapa hirisan bawang holand dihiris nipis.
  • Beberapa hirisan cili besar
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Gaulkan daging bersama kunyit hidup dan garam.
  • Lumur/sapu campuran tadi pada keseluruhan daging sehingga rata.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan apabila minyak sudah di dapati panas tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan daging yang yang telah digaul dengan kunyit hidup dan garam tadi.
  • Masukkan hirisan bawang holand dan hirisan cili besar tadi ke dalam masakan.
  • Goreng daging sehingga daging empuk (boleh tambah air untuk biarkan daging empuk dan goreng sehingga air kering dan daging masak).
  • Siap di masak, daging goreng berhalia boleh dihidangkan dan makan bersama-sama nasi panas!

3. Daging Goreng Sambal Kering

Bahan-bahan:

  • Beberapa hirisan daging yang dibasuh bersih dan di gaul dengan kunyit hidup serta garam secukup rasa.
  • 3 ulas bawang merah yang dihiris nipis/ditumbuk
  • Beberapa hirisan halia
  • 1 sudu halba yang dibasuh bersih
  • Cili giling atau ciliboh
  • Air asam jawa.
  • Beberapa hirisan cili besar dan bawang holand
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Masukkan minyak dan goreng daging yang telah digaul bersama kunyit tadi. Goreng sehingga daging masak. Kemudian asingkan.
  • Dalam kuali yang berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang merah, halia dan halba sehingga naik bau.
  • Masukkan cili giling/ciliboh dan sedikit air asam jawa, goreng sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan daging goreng tadi bersama bawang holand dan cili besar yang sudah dipotong ke dalam sambal tersebut dan goreng sehingga masak dan sebati.
  • Setelah masak sedia dimakan dengan nasi panas-panas.

4. Ikan Bilis Lada Hitam Rangup

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis dibasuh bersih
  • Lada hitam, cili kering dan bawang besar

Cara-cara:

  • Goreng ikan bilis, lada hitam, hirisan bawang besar dan cili kering ke dalam sedikit minyak yang telah panas.Goreng sehingga garing rangup.
  • Sedia di makan bersama nasi yang panas! Hemm, sedap 🙂

5. Ikan Tenggiri Kering 

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan tenggiri kering
  • 1 lada besar
  • Hirisan halia
  • 1/2 biji bawang besar dihiris

Cara-cara:

  • Ikan digoreng layur bersama halia.
  • Tumbuk lada hitam dan bawang besar sedikit.
  • Sedia dimakan bersama nasi panas.

6. Ikan Tenggiri Stim

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri
  • Hirisan bawang putih
  • Hirisan halia
  • Perahan limau nipis
  • lada besar

Cara-cara:

  • Stimkan ikan tenggiri bersama hirisan bawang putih, halia, lada besar dan sedikit garam. Setelah masak perahkan air limau nipis.
  • Siap dimakan bersama nasi panas.

7.  Ikan Masin (Ikan Gelama) Lada Hitam

Bahan-bahan:

  • Ikan masin (ikan gelama)
  • Lada Hitam
  • Cili kering
  • 1/2 bawang besar
  • Perahan limau nipis

Cara-cara:

  • Goreng ikan gelama masin bersama lada hitam, cili kering dan bawang besar.
  • Setelah masak, sedia dimakan bersama nasi panas-panas.

8.  Ikan Selar Kuning Bakar Berdaun Pisang

Bahan-bahan:

  • Ikan selar kuning
  • Daun pisang
  • Hirisan kunyit hidup
  • Serai
  • Lada hitam
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Hirisan Halia
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  • Campurkan kunyit hidup, lada hitam, halia, jintan manis, jintan putih, lengkuas dan garam biar sebati.
  • Sapukan campuran tadi pada ikan selar kuning.
  • Balut ikan selar tadi dengan daun pisang, masukkan serai dan bakar sehingga masak.
  • Sedia di makan bersama nasi panas-panas.

9. Sambal Tok Tok

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Lada hitam

Cara-cara:

  • Goreng layur kesemua bahan tersebut, kemudian tumbuk campur sedikit garam
  • Sedia dimakan bersama nasi panas.

10. Sup Sawi Berhalia

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Potongan sawi
  • Hirisan halia
  • Lada hitam

Cara-cara:

  • Tumis bawang putih, halia, lada hitam
  • Tambahkan air sehingga mendidih, masukkan sayur sawi dimulai batangnya dahulu dan kemudian daun sawi. Sedikit garam.
  • Apabila masak, sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

11. Sup Lobak Putih

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Lobak putih
  • Lada hitam
  • Bawang besar

Cara-cara:

  • Tumis bawang putih dan lada hitam
  • Tambahkan air sehingga mendidih.
  • Masukkan lobak putih yang telah dipotong
  • Setelah hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan sedikit garam.
  • Siap dimasak, makan bersama nasi panas-panas.

12. Sup Bayam Berhalba Black Peper

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Sayur bayam
  • Lada Hitam
  • 1 sudu kecil Halba
  • 1/2 bawang besar
  • Lada besar dipotong

Cara-cara:

  • Tumis bawang merah, bawang putih, halba dan black pepper.
  • Tambahkan air sehingga mendidih.
  • Masukkan sayur bayam dan bawang besar. Garam secukup rasa.
  • Masak dan sedia dimakan bersama nasi putih panas.

13. Kerabu Pengaga Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • Pegaga
  • Ikan bilis
  • Lada Hitam
  • Sedikit santan
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Garam

Cara-cara:

  • Lada hitam, halia dan kunyit ditumbuk
  • Renehkan sedikit santan dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  • Agak kering, masukkan ikan bilis dan pegaga. Gaul sebati bersama garam.
  • Siap dimakan bersama nasi panas-panas.

14. Ayam Panggang Pantang Selera

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Kunyit hidup
  • Lengkuas
  • Halia
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Sedikit air

Cara-cara:

  • Lumur ayam dengan hirisan bawang, halia, lengkuas yang telah ditumbuk serta garam.
  • Panggang ayam tersebut.
  • Untuk kuah, tumis bawang merah, bawang putih, jintan manis, jintan putih yang telah ditumbuk. Kemudian masukkan air asam jawa. Tambahkan sedikit air untuk jadikannya berkuah.
  • Siap dimasak dan sedia dimakan bersama hidangan nasi panas.

15. Air Hot Chocolate Milk Cicah Biskut Kering 

Bahan-bahan:

  • Air hot chocolate atau Milo yang dipancuh bersama susu tepung ibu.
  • Biskut kering tanpa inti seperti Marie, Hup Seng atau Jacob’s Original/Oatmeat/Weatmeal

Cara-cara:

  • Anda boleh minum air hot chocolate milk bersama biskut kering tersebut sebagai breakfast atau minum petang.

16. Air Susu Panas Cicah Biskut/Roti potong

Bahan-bahan:

  • Susu tepung yang dibancuh dengan air panas
  • Biskut Jacob’s Original/Oatmeal/Weatmeal

Cara-cara:

  • Anda boleh minum air susu panas bersama biskut kering/roti potong tersebut sebagai breakfast atau minum petang.

17. Oat bersama ESP 

Bahan-bahan:

  • Oat
  • ESP

Cara-cara:

  • Bancuhkan Oat bersama dengan ESP. Tambahkan air. Boleh diminum sebagai breakfast atau pada waktu petang mahupun malam. Memang mengeyangkan dan tambah susu badan ibu!

 

***

Okay, bagaimana, membangkitkan selera bukan dengan resipi ibu berpantang tersebut? Kak Maz masa taip resipi-resipi tersebut pun kecur liur sedap sangat makanan pantang bila makan dan minum sedang ianya tengah panas-panas! Aummmm! 😉 Ibu menyusu yang sudah lepas fasa berpantang pun boleh makan ikut resipi-resipi seperti di atas tau..tentunya ianya membangkitkan selera anda bukan? & semestinya ianya dapat bantu tambah susu badan anda mommies! & because it is also just so yummilicious…

Anda ada resipi pantang lain yang dapat bantu tambah susu ibu, share sikit please! 😉

Sekian, moga bermanfaat!

 

 

Salam sayang,

Kak Maz

|whats’app untuk sokongan penyusuan 011.3957.4049 dan supplement penyusuan terbaik.

| ID Shaklee KakMaz: 933888. Boleh gunakan ID Kak Maz di mana2 Cawangan Shaklee (branch) seluruh Malaysia utk dapatkan mana2 produk supplement shaklee pilihan anda dengan harga ejen. (Atau pm KakMaz utk daftar ejen dan jana income selanjutnya 😉|

http://only4u.wasap.my

 

 

 

 

 

 

Leave a comment