Apa yang best sangat-sangat tentang Susu Ibu ni?

 

ai mommies. Assalamualaikum.

Sedang buat apa tu? Mesti tengah mencari info berkaitan susu ibu bukan? 🙂

Kak Maz di tanya,

Apa yang best sangat-sangat tentang susu ibu ni?

Jadi, harini Kak Maz nak berkongsi mengenai perihal SUSU IBU. Ramai yang tahu asasnya susu ibu yakni air susu yang keluar daripada payudara ibu yang penuh khasiat terbaik untuk bayi yang baru lahir disusukan sehinggalah mencecah usia 2 tahun atau lebih.

 

Namun, nak tahu tak apa lagi kehebatan air susu ibu ini?

 

Menurut beberapa kajian sains yang diiktiraf, bagi setiap satu sudu (teaspoon) air susu ibu ini mengandungi lebih 3,000 000 (3 juta) sel pembunuh kuman. Jadi di sini tidak mustahil kenapa bayi yang masih kecil mampu ‘survive’ walau hanya mendapat satu sudu (teaspoon) air susu ibu, kerana ianya sudah sangat sangat berharga.

Air susu ibu mempu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan risiko kematian mendadak di kalangan bayi di bawah usia 8 bulan (sumber bfclinic.com).

 

Apa kandungan bahan-bahan dalam air susu ibu ye Kak Maz?

Air susu ibu (ASI) mengandungi lebih 200 bahan-bahan istimewa yang membawa erti dan peranan masing-masing. Ia mengandungi mengandungi protein, karbohidrat, dan lemak dalam komposisi yang benar diperlukan bayi. Tinggi Asid lemak (DHA) yang dikaitkan dengan penularan kesan I.Q yang lebih tinggi. Untuk pengetahuan mommies, bahan-bahan ini telah diperkenalkan ke dalam susu formula moden, namun susu formula ini ada dihasilkan daripada alga genetik yang diubah dan belum terbukti berfungsi dalam susu formula tersebut. Manakala susu lembu, protein soya, sirap jagung, gula, minyak soya dan minyak kelapa juga digunakan dalam formula bayi bukan kerana mereka adalah yang terbaik tetapi kerana ia murah dan tersedia. Jadi yang mana lebih baik? Disini sudah menunjukkan beberapa perbezaan antara air susu ibu dengan susu formula bukan? 🙂

 

Dari segi melawan penyakit, bagaimana pula air susu ibu bertindak ya?

Air Susu Ibu (ASI) mengandungi bahan-bahan yang secara aktifnya mampu melawan penyakit. Ini termasuk enzim khas seperti lipase, lactoferrin, dan lysozyme, serta antibodi dan sel darah putih.  Terdapat purata 20,000 sel darah putih bagi setiap sudu teh dalam air susu ibu yang matang. Colostrum mempunyai sehingga 5 juta sel darah putih bagi setiap sudu teh dan kolostrum / (pre-term colustrom) mungkin mempunyai dua kali ganda jumlah kolostrum.

ASI telah terbukti mampu untuk melawan penyakit diare, selesema, jangkitan telinga, bronkitis, meningitis bakteria, jangkitan kencing, botulisme, bakteria, penyakit gastrousus yang mengancam nyawa, dan RSV (Respiratory Syncytical Virus) iaitu virus pernafasan. Ia mengurangkan kejadian jangkitan telinga sebanyak 60% dan jangkitan pernafasan yang lebih rendah (seperti bronkitis) sebanyak 80%. ASI juga telah terbukti mampu melindungi bayi daripada leukemia, limfoma, pelbagai sklerosis, penyakit alahan, asma, kegemukan, dan penyakit pencernaan kronik seperti penyakit Chrohns dan kolitis ulseratif (ulserative colitis).

 

Tetapi, kenapa ya ada juga bayi yang allergik pada susu ibu?

Ada beberapa faktor. Namun, hakikatnya kebanyakkan Air Susu Ibu (ASI) tidak membawa allergic pada bayi.

Susu lembu dan susu formula soya sangat alah (allergic) jika dibandingkan. Protein susu lembu masih dikaji akan kesannya kerana ianya juga diklasifikasikan sebagai pembawa kesan diabetes pada bayi.

Namun, tahap alahan /allergic seseorang bayi itu terhadap air susu ibunya adalah bertitik tolak semula pada apa yang si ibu makan. Kerana apa yang si ibu makan akan juga disalurkan sebagai ASI kepada bayi yang disusuinya.

Mommies mesti pernah dengar bukan mengenai kenyataan seperti ini,

“Tak boleh makan kobis, nanti perut baby dapat angin”

“Tak boleh makan sebarang makanan yang pedas, nanti mengganggu perut bayi.” 

Tetapi sejauh mana benar kenyataan seperti tersebut?

Topik ini akan Kak Maz kupas di entry seterusnya. Maka sure you stay tune okey sayang sayang semua! 😉

 

Apa lagi yang best sangat-sangat lagi tentang Air Susu Ibu ni?

Okey, kita sambung lagi akan kehebatan ASI ciptaan Allah yang Maha Agung ini.

Air Susu Ibu (ASI) ini mengandungi jumlah zat besi yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi anda dalam komposisi yang tepat dan sesuai (sumber bfclinic.com).

Walau bagaimanapun, bfmom haruslah mengambil langkah untuk membantu badannya dilengkapi dengan zat besi yang sepatutnya. Ambil makanan yang seimbang dan lengkap nutrien mempunyai sumber zat besi tinggi dalam kuantiti yang sepatutnya yang diperlukan oleh badan seorang yang menyusukan bayi. Jumlah zat besi harian yang perlu di ambil untuk ibu menyusu yang berumur lebih 19 tahun adalah 9 miligram setiap hari.

Zat besi yang cukup dapat membantu ibu menyusu daripada masalah anemia, pening-pening dan berasa mudah letih dan lesu. Mommies boleh mendapatkan sumber zat besi dari sumber alami seperti kekacang, daging merah, makanan laut, ikan bilis, buahan kering dll  ditambahkan dalam menu harian. Namun, jika mommies tidak dapat sumber alami, saya syorkan supplement untuk melengkapkan zat besi seperti multivitamin Vitalea. Ianya mudah dihadam natural dan memberi kesan zat besi yang baik yang diperlukan badan seorang ibu yang menyusu.

 

Seronoknya bila dapat tahu. Ada lagi ke tentang perkara best Susu Ibu ni?

Ya, semestinya bukan sahaja setakat itu 🙂

Air Susu Ibu (ASI) ini  lebih mudah dicerna oleh perut bayi kerana protein dalam susu ibu lebih cair daripada formula. Ia juga lebih mudah dicerna kerana ia mengandungi enzim yang sebenarnya membantu perut bayi dalam proses pencernaan.

Uniknya ASI ini Subhanallah, ia sentiasa berubah mengikut perkembangan usia bayi, dipengaruhi juga oleh kadar kekerapan penyusuan, perubahan masa dan persekitaran.

Satu contoh bagaimana perubahannya dengan usia ialah susu pertama (Colostrum) lebih tinggi dalam antibodi dan lebih cair (90% whey) daripada susu matang. Susu matang adalah 60% -70% (whey) atau cecair. Setiap kali penyusuan, air susu mommies mengandungi lebih cecair (foremilk) dan diakhiri dengan ASI dengan lebih pekat dengan kandungan lemak (hindmilk). Tubuh ibu dapat menghasilkan susu ibu lebih banyak apabila ada pengosongan payudara (demand) secara konsisten. Lebih banyak demand (pengosongan payudara) susu ibu, lebih banyak badan akan supply susu ibu 😉

Lagi satu yang best mengenai susu ibu ini adalah susu ibu ini menjimatkan, hygiene bersih dan selamat serta ia pastinya mampu cipta bonding cinta dengan si manja baby. Seronok dan bertuahkan baby? Mana nak dapat semua ini? Hanya diperolehi dengan penyusuan susu ibu semestinya! Mommies boleh lihat topik ini ‘sebab utama saya menyusukan baby esklusif’ jika ingin tahu lanjut kenapa penyusuan itu sangat best. Jangan ada dilema-dilema penyusuan lagi ya ❤ ❤ ❤ Atau jika ada hadapi cabaran penyusuan, hadapilah dengan tenang. Semuanya pasti ada jalan penyelesaian. Pasti. Percaya itu k!

Till then, tahniah kepada mommies yang masih konsisten dalam penyusuan. Moga entry kali ini bermanfaat dan menyemarakkan lagi semangat mommies untuk melangsaikan penyusuan susu ibu esklusif 2 tahun untuk kesayanganmu itu!

 

Happy breastfeeding uols. Salam penyusuan penuh cinta sakti!

 

ceria setelah tiada bengkak payudara
Kegembiraan tidak terkata apabila berjaya esklusif penyusuan susu ibu 2 tahun buat si manja dan si ibu!

 

Salam sayang,

Kak Maz

 

“Penyusuan itu sunnah, indah dan mudah bila tahu caranya”

 

|Perlukan bimbingan penyusuan susu ibu? Hubungi Kak Maz Coach Susu Ibu di 011.3957.4049. Saya bersedia membantu.

 

|

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Sifat susu ibu
  • Antibodi dalam susu ibu
  • Susu ibu allergic pada bayi
  • Keperluan nutrien untuk ibu menyusu
  • Ciri ciri susu ibu
  • Hebatnya susu ibu

 

poster buku planner breastfeeding pertama di malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s