Nak Tahu 7 Tips Elak Jaundise Bayi?

 

Kak Maz, ada Petua Untuk Elak Demam Kuning (Jaundise) Bayi Masa Lahir?

 

Hai Assalamualaikum mommies?

Ada beberapa ibu mengandung bertanyakan soalan begini pada saya.

Baiklah.

Kak Maz ada beber apa pengalaman tentang demam kuning atau bahasa sainsnya kita panggil sebagai Jaundise. Anak sulung Kak Maz, memang dapat jaundise dan ada anak Kak Maz yang dapat demam kuning (jaundise) yang kita panggil pro-long jaundise. Jika ada masa akan Kak Maz share mengenai pro-long jaundise ini.

jaundise treatment
Antara rawatan penyakit kuning (jaundise) bayi yang kritikal

Dan sementelah itu, Kak Maz juga ada pengalaman beruntungnya lahirkan anak tanpa sebarang demam kuning (jaundise) ini. Alangkah bahagianya rasa bila anak yang baru lahir itu, disahkan sihat tanpa sebarang demam kuning (jaundise) yang mendesak kita untuk ke klinik inject tapak kaki tulus mulus baby baru lahir itu. Seronok tau, bila anak langsung tiada demam kuning ni (jaundise). Rasanya seakan di lamun cinta kesenangan.. Haa, gitew ye! 😉

Okey! Okey!

Ini antara petua atau tips langkah berkesan untuk ibu mengandung bagi elakkan bayi yang bakal lahirkan terkena demam kuning (jaundise). Tips ini untuk ibu mengandung ye.

 

Tips dan petua elak jaundise bayi baru lahir 1Amalkan pemakanan padat nutrisi – makanan bernutrisi tinggi seperti banyakkan ambilan sayuran dan buahan. Daging merah cuba kurangkan kerana daging merah menganggu kebolehan sistem penghadaman anda seterusnya mengurangkan kebolehan badan anda untuk menyinkirkan toksin. Kak Maz katakan di sini, boleh ambik daging merah, cuma kurangkan ya.

 

Tips dan petua elak jaundise bayi baru lahir 2Kurangkan, (lagi bagus) elakkan makanan di proses. Makanan diproses seperti sosej, makanan sejuk beku, fast food. Makanan yang diproses tambah-tambah lagi ianya digoreng memberi tekanan pada hati yang meninggikan risiko demam kuning (jaundise) pada bayi.

 

Tips dan petua elak jaundise bayi baru lahir 3Kurangkan gula pada makanan dan minuman. Hadkan pengambilan gula berlebihan contohnya, hadkan minuman manis seperti teh, kopi dan makanan manis yang lain.

 

Tips dan petua elak jaundise bayi baru lahir 4Minumlah air mencukupi. Minumlah air lebih 8 gelas sehari. Lagi bagus 12 gelas sehari. Dengan minum air lebih, ianya dapat membantu menyahkan toksin dari badan kita. Antara tips bab air ni, minumlah air kelapa atau air barli yang dapat bantu nyahkan (singkirkan) toksin dari badan kita.

 

Tips dan petua elak jaundise bayi baru lahir 5

Amal makanan kaya dengan vitamin C. Makanan kaya dengan vitamin C dapat membantu mencegah jaundice bayi secara klinikal. Vitamin C banyak terdapat dalam buah-buahan dan juga sayuran. Carilah buahan dan sayuran yang bebas bahan kimia. Ataupun mommies perlu konsisten amalkan supplement Vitamin C. Pastikan Supplement Vitamin C pilihan mommies adalah berkuali tinggi dengan kandungan lebih 500mg Vitamin C serta kadar penyerapan yang tinggi, natural dan berkesan. Walau bagaimanapun, tentang vitamin C mampu membantu cegah kehadiran jaundise dikalangan bayi, mommies boleh rujuk jurnal berikut: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2703239/.

 

Tips dan petua elak jaundise bayi baru lahir 6

Kurangkan makanan pedas dan berminyak – sama konsep seperti makanan diproses. Makanan pedas dan berminyak ini memberi tekanan pada hari yang meninggikan risiko demam kuning(jaundise) pada bayi.

 

Tips Elakkan Jaundise Bayi tips 7Amalkan gaya hidup yang aktif. Seperti bersenam dan sebagainya. Walaupun mommies sarat mengandung, lakukan senaman ibu mengandung dan lain-lain aktiviti yang aktif yang mampu singkirkan toksin dalam badan. Senaman mampu singkirkan toksin dari badan melalui peluh kita. Jadi amalkan gaya hidup sihat dan aktif!

 

***

Sekian, moga tips ini bermanfaat ya!

Nak dapatkan supplement natural boleh roger kak Maz. Nak dapatkan tips dan ilmu penyusuan, boleh roger Kak Maz. Insya-Allah Kak Maz will be there for you!

 

“Penyusuan itu sunnah, indah dan mudah bila tahu caranya”

 

Salam sayang,

Kak Maz

|Coach Susu Ibu Esklusif 2 Tahun| 011-3957 4049

*Kak Maz nak rekomenkan buku planner ini untuk anda. Klik sini. 

 

Carian berkaitan:

  • Jaundise bayi
  • Elak demam kuning
  • Petua elak demam kuning anak
  • Tips elak jaundise anak
  • Amalan ketika mengandung untuk elak jaundise demam kuning bayi
  • Aktiviti hindar jaundise bayi
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s