“Terima kasih Kak Maz sudi dengar resah kesah saya..”

Assalamualaikum bfmom yang sangat bertenaga dan kental selalu.

Hampir sepurnama Kak Maz tak bersiaran di blog ini.

Banyak cerita penyusuan sebenarnya dan kes bf sebenarnya dalam masa ini.

Tapi Kak Maz tidak berkesempatan untuk menaip di blog ini.

Kak Maz fokus pada group WhatsApp Coaching Program untuk bfmom yang join bawah team susu ibu Kak Maz ini. Mommy yang tengah baca ni berminat boleh contact Kak Maz ya. Program ini Kak Maz buat berperingkat ikut bulan. Minimum coaching 6 bulan untuk pastikan betul-betul ibu itu success eskslusif susu ibu 6 bulan. Kemudian sesi coaching bersambung mengikut keperluan ibu tersebut. Eh, panjang pulak penerangan mengenai Coaching Program BF ni ya.

Okay, sebenarnya Kak Maz nak story sikit pasal satu kes ni. Kebelakangan ini ramai sugguh bfmom yang tengah berpantang alami kes macamni. Meh ikuti sikit cerita permulaannya antara satu kes yang kak Maz share disini,

 

 

Saya tengah pantang hari ke-8 harini. Anak yang ke-empat sekarang ni.

Masalahnya, anak ke-4 ni tak nak direct feed dengan saya. Ya, saya dah introduce puting botol pada anak dari first day. Masalah anak langsung taknak direct feed (df). Anak yg lain semua nak df dgn saya. Mungkinkah sebab saya memang berniat taknak df sebab saya dgn husband plan nak teruskan operation bhgin perut saya yang tertangguh dulu? Jadi skrg anak dah merajuk ke Kak Maz? Tolong saya macamana ni? Saya nak banyakkan susu. Tapi mungkinkah kalau tak df susu saya makin kurang. Macamana nak pam kasi susu banyak? Kena makan supplement apa ya untuk banyakkan susu? Kalau tak ambik supplement boleh ke susu saya jadi banyak jugak dan saya dapat df lama dgn baby? Anak memang memberontak kalau df dgn saya. Bila pam rasa macam tak puas. Bengkak je susu. Tolong saya Kak Maz. Susu makin lama dah kurang. Saya dah risau tambah buntu sekarang ni…

Perbualan selama hampir sejam tadi berakhir dengan ucapan, “Terima kasih Kak Maz sudi dengar resah kesah saya. Saya akan cuba ikut kata Kak Maz tu. Saya memang boleh ya?”

Ya, pasti u boleh! Gambate 😘😘

 

Tu sekitar pertanyaan dari puan tersebut.
Kak Maz dah kasi solusinya dalam perbualan dan berbaur konsultansi tadi. Kupasannya akan Kak Maz share di blog ini nanti insya-Allah 😊

Stay tune!

Be Happy and keep breastfeeding dengan hati yang memberansangkan!

 

Salam sayang, 

Kak Maz

|Jika ibu perlukan sokongan penyusuan, bahu saya ada untuk anda 011.3957.4049 dan dialukan menyertai Coaching Program kami. InsyaAllah Success!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s