5 Tips Solat Terawih Dengan Anak Kecil Dan Yang Menyusu

Salam Ramadan hari ke-14.

Apa kabar ibu menyusu semua?

Sempena Ramadan bulan Mulia ini, Kak Maz nak kasi sikit tips bagaimana nak solat terawih buat mak-mak dengan anak kecil. Sebenarnya Kak Maz dah share di FB Kak Maz sendiri, tapi hari ni ada peluang untuk share pula di blog team susu ibu ini. Kak Maz copy paste sahaja ayat dari FB Kakmaz, tak tukar longat di situ 😀 (oopps!)

Okeh! Jom teliti! 😉

Mak mak dengan anak kecil iaitu umur baby sampai anak umur 6 tahun, bila nak berterawih jemaah di surau/masjid memang kekadang menduga dan mencabar kan?

Bagi Kak Maz memang mencabar 😅
Kak Maz ada 3 orang anak, putera kesemuanya, lasak memang bukan main, semua depa nak explore.

Kalau pergi surau/masjid tu dalam 5 minit ja depa dok steady diam setempat. Lepaih tu bila semua jemaah mula solat, depa mula beraksi ke depan ke belakang. Ibu yang tengok ni mula tak kusyuk. Menduga betul.
Kekadang dia ikut sama tapi bila sampai tang terawih panjang, kaki si abg pun mula panjang bila tgok ada kawan2 lain ajak main sama. Si adik mula ikut abg 😅😅

Okay, saya pendekkan cerita.. Ada beberapa tips dekat sini yg mungkin boleh bantu mak beranak kecik dekat sini:

1. Jika anak seorang, masih baby, mak boleh letakkan baby di tepi sisi sahaja. Susukan lah dulu baby sampai kenyang.

2. Bergilir dengan suami. Contoh masjid buat 20 rakaat, gilir2 la dengan suami. Sementara suami buat 8 rakaat dahulu isteri jaga baby, kemudian isteri pulak buat 8 rakaat dan suami jaga baby. Sediakan susu EBM untuk bayi saat suami menjaga baby kita.

3. Untuk anak dua/tiga orang yang masih kecil pun sama. Selalunya utk anak yang kecik2 ni lebih mudah kita duduk saf belakang sahaja, mudah nak bergerak kalau tiba2 baby nak menyusu ke kan. Anak mesti nak duduk dekat ibu je kan.

4. Saya tak ajar anak tgok tab/henfon sbb sy mmg tak ada provide benda tu pada anak. Memang senang sebenarnya kalau kasi anak tab/henfon depa kan tgok statik duduk setempat ja sbb ada benda di tangan. Alternatifnya ibu sediakan buku dan color utk beraktiviti di satu sudut jika fokus solat terawihnya dah hilang almaklum budak2 kecik kan. Dlm masa yg sama ajak berkali2 ikut sekali solat dan pesan berkali jgn buat bising.

5. Boleh juga solat terawih di rumah. Boleh ya memang boleh utk mak mak lagi2 yang beranak kecik. Selalunya jika keadaan tak mengizinkan, saya akan terawih di rumah sahaja. Niat solat terawih macam biasa cuma jika sorang takdala niat makmum kan. Dan tambahla sunat witir last sekali tu..

Jadi, kita yang makmak beranak kecik ni sepatutnya tak ada alasan untuk tidak ambik kesempatan solat sunat terawih yang hanya ada pada bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini. Dan hanya setahun sekali sahaja dia mai.. Tu pun kalau dipanjangkan umur jumpa lagi Ramadhan kan..okay, sekian selamat bertarawih, malam Ramadhan satgi 💞

.
.
P/s: ibu-ibu ada tips lain selain 5 tips di atas? Kongsila, mana tau sesuai kami buat sama 😉

#kisahmakmak
#betterRamadan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s