5 Tips Berkesan Menjayakan Penyusuan Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam perjuangan ibu menyusu semua!

Apa kabar? Moga mommies semua sihat dalam menjayakan jihad penyusuan.

Bulan depan dah masuk bulan Ramadhan al-Kareem ya mommies. Bagi yang beragama Islam Ramadhan ini adalah rukun Islam yang ketiga, hukumnya adalah WAJIB dilaksanakan.

Tetapi bagi ibu menyusu dan yang sedang hamil/mengandung, ada beberapa kelonggaran yang Islam berikan kepada mommies dalam kumpulan ini. Mommies dibenarkan tidak berpuasa dengan syarat jika dengan berpuasa mommies mengkuatiri terjadinya kemudharatan pada diri mommies atau/dan kemudharatan kepada bayi yang dikandung mahupun yang disusukan dengan air susu badan ibu.

Walau bagaimanapun, dari sudut pandangan sains dan kajiannya, seseorang ibu yang menyusukan bayi mereka itu mampu berpuasa seharian penuh (dari waktu imsak sehinggalah waktu berbuka ketika maghrib). Puasa tidak menjejaskan kandungan air susu ibu. Kilang susu akan berperanan menghasilkan air susu ibu mengikut keadaan ibu. Kilang susu dapat mensesuaikan pengeluaran susu ibu mengikut situasi badan ibu. Bila ibu puasa, hormon prolaktin dan hormon oksitosin masih bekerja seperti biasa dan dengan bijak menyamaratakan kandungan susu ibu ketika ibu itu berpuasa. HEBATkan ciptaan ALLAH.  Masya-ALLAH. SubhanALLAH.

Ramai juga first time mother dan ibu yang lain bertanyakan mengenai bagaimana untuk berpuasa di Ramadhan nanti. Jangan resah, jangan gundah. Kak Maz beri tips puasa Ramadhan Kareem untuk manfaat ibu menyusu semua.

Alhamdulillah. Pengalaman Kak Maz sendiri sebagai ibu kepada tiga orang anak, pernah menembuh cabaran berpuasa ketika masih menyusukan anak secara esklusif. Alhamdulillah, berjaya menyusu penuh ketika bulan Ramadhan (kecuali ada satu tahun itu 3 hari tinggal puasa kerana tidak bersahur 😉 )

Mari kita selongkar sikit rahsia menjayakan penyusuan ketika ibu berpuasa di bulan Ramadhan 🙂

#1 NIAT DAN DOA

Selalunya kita akan berdoa untuk sebulan puasa dan niat puasa juga dibuat pada setiap hari terutamanya semasa sahur. Untuk ibu menyusu, mommies juga perlu letakkan niat pada waktu itu iaitu niat sebulan dan setiap hari ketika bersahur iaitu niatkanlah dan berdoalah sebegini,

“Ya Allah, seberapa banyak susu yang akan diperolehi hari ini, penuhilah dengan rahmat-Mu, dan keberkatan di sisi MU.

Semoga dengan keberkatan-Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku”, Amin ya rabbal a’laminn. Sambil baca letakkan tangan pada dada da berdoa semoga Alah murahkan Rezeki kita pada hari itu. Amalan Zikir nama Allah YA MATIN juga boleh jadikanlah sebagai amalan sepanjang penyusuan ini terutamanya ketika berpuasa.

Setelah berniat dan berdoa, berikhtiarlah serta yakinlah. Susu pasti cukup untuk anak biarpun mommies berpuasa 🙂

#2 BERSAHUR

Untuk ibu menyusu, bersahur adalah wajib dan mesti. Jangan skip sahur ya. Makanlah mengikut keperluan badan seperti saranan nutrisi ibu menyusu yang Kak Maz kongsikan dahulu. Mommies perlukan tenaga dan kalori untuk menghasilkan air susu ibu sepanjang berpuasa nanti. Oleh itu, jagalah waktu bersahur mommies.

Selain itu, bangun awal untuk bersahur ya. Sebolehnya, mommies lewatkanlah waktu sahur itu iaitu sahur ketika hampir waktu imsak, contohnya waktu imsak pada pukul 5.45 pagi, ibu bersahurlah pada jam 5.00 pagi (contohnya) bukan pukul 3 pagi atau lebih awal. Hukum lewatkan waktu bersahur ini adalah sunat, dapat pahala lagi tau jika melewatkan waktu bersahur. Insyaallah.

Bagaimana pulak pemilihan makanan sahur? Saya nak makan apa waktu sahur tu?

Pemilihan makanan ketika waktu sahur juga perlu di titik beratkan. Tips makanan sahur untuk ibu menyusu:

  • Elakkan makanan berempah, pedas dan berminyak. Makanan sebegini membuatkan badan kita perlukan lebih tenaga untuk hadam yang menyebabkan badan akan cepat letih. Kita jadi letih di siang hari berpuasa.
  • Pilihla makanan berkarbo dan berprotein tinggi. Makanan berprotein tinggi ini mengandungi indek glisemik rendah yang mampu meningkatkan tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Justeru itu, kita juga akan merasa kenyang lebih lama. Namun pengambilan protein dari sumber daging atau ayam mengandungi lemak dan kolestrol. Tidak boleh ambil hari-hari. Jadi mommies boleh beralih kepada protein dari ikan dan recommended ambillah protein dari tumbuhan yang cukup Asid Amino Perlu (Kak Maz cadangkan ESP yang dari protein tumbuhan dan menyediakan 9 Asid Amino Perlu oleh badan)
  • Makan buah Kurma. Kurma mempunyai kandungan gula ringkas yang tinggi yang mampu memberi tenaga segera yang diserap oleh tubuh serta merta. Tips makan kurma – makan buah kurma dalam jumlah yang ganjil contoh, 3, 5, 7 biji. Elakkan ambil dalam jumlah genap contoh 2, 4, 6 biji. Kerana mengikut kajian jumlah kurma yang di ambil dalam jumlah ganjil ini akan menjadi tenaga baek kepada badan berbanding kurma yang di ambil secara bilangan genap ini yang akan menjadi gula berlebihan dalam badan. Sebab itu mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w, baginda makan kurma dalam jumlah ganjil seperti 3 biji atau 7 biji. Subhanallah. Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan.
  • Makanlah supplement yang membantu badan mommies dan penyusuan . Tips ini dari pengalaman Kak Maz sendiri. Memang amalkan campuran shake ESP, mealshake dan Performance Drink (PD) ketika bersahur. Supplement tersebut tidak diragui akan keasliannya kerana ianya adalah hasil dari bahan semulajadi, selamat dan berkesan. Ujian klinikal dibuat setiap tahun untuk supplement ini. Dimana ketiga-tiga supplement ini bukan sahaja kekalkan rasa kenyang lebih lama, malah rasa lebih bertenaga, badan tidak terhidrat kerana PD memainkan fungsinya. Menyusu dan mengepam sepanjang berpuasa di siang hari insyaallah tiada masalah. Itu yang Kak Maz alami sendiri. Mengepam 3 kali ketika waktu pejabat sambil puasa, alhamdulillah mampu menghasilkan susu perahan penuh untuk 2 botol setiap sesi. Alhamdulillah!

#3 IFTAR (BERBUKA PUASA)

Percepatkanlah berbuka puasa pada waktunya. Jangan berlengah. Dahulukan memakan buah kurma ketika berbuka puasa kerana buah kurma memberi tenaga lebih cepat. Kemudian, makanlah dengan makanan karbo seperti nasi, roti dan sebagainya. Minum air lebih kurang 2 mug. Waktu Moreh juga ibu boleh jamu diri dengan makanan Moreh. Pasti meriah bukan? Ingat, jangan nak berdiet atau skip makan ya. Ibu menyusu ibaratnya makan untuk dua orang makan. Jadi tidak mengapa jika makan banyak dan kerap seperti makan untuk dua orang makan. Yang penting, uols keep breastfeeding okay! 😉

#4 MINUM AIR BANYAK

Petua hebat penyusuan esklusif dua tahun adalah antaranya minum air banyak! Jadi mommies perlu kekalkan kuantiti minum air banyak ini walaupun sepanjang berpuasa. Kekalkan minum lebih 2 liter atau 8 gelas air sehari.

Tapi bagaimana nak minum banyak air? Saya kan tengah berpuasa..

Okay, ini tipsnya-

Kita ambil 1 mug =250ml air

8 mug = 2 liter air

  • Jam 4.00 am – minum 1 mug
  • Sahur – 2 mug
  • Berbuka – 2 mug
  • Sebelum Terawih – 1 mug
  • Selepas Terawih – 1 mug
  • Sebelum tidur – 1 mug.

Perlu diingat ya, jumlah saranan kuantiti air sehari adalah bergantung kepada berat mommies. Contoh di atas adalah untuk anggaran berat badan dalam lingkungan 50kg. Selain itu, Kak Maz rekomen, masa bersahur tu minumlah air suam/panas ye supaya peredaran pengeluaran susu lebih lancar.

#5 KONSISTEN JADUAL PAM SEPERTI BIASA

Walaupun berpuasa, mommies perlu pam seperti sebelumnya iaitu patuhi jadual mengepam mommies. Biarpun badan puasa, kilang susu kita boleh menghasilkan susu seperti biasa. Berpuasa tidak akan menjejaskan kualiti susu ibu itu sendiri. Namun, bersyarat. Sepanjang bulan puasa, mommies perlu kekalkan demand dan pengosongan payudara setiap 3 jam sekali pum. Seperti syarat mengepam sebelumnya. Sebab itu, untuk ibu yang menyusu ini ibu di galakkan minum air suam/panas ketika bersahur ya.

Bagaimana dan bila untuk perah susu segar untuk diberi kepada pengasuh?

Seperti yang Kak Maz kongsikan dahulu, bekalan susu EBM untuk dihantar ke pengasuh perlulah dalam julat 4:1. Dimana 4 botol adalah susu EBM yang telah dicairkan dan 1 botol lagi adalah susu segar yang baru diperah.

Untuk bulan Ramadhan, mommies boleh praktikkan cara yang sama. Namun, adalah disarankan perah susu segar pada lewat malam iaitu ketika atau sebelum bersahur. Ketika perah/pam susu (untuk bekalan susu segar kepada pengasuh) minumlah air panas seperti air milo panas atau susu panas. Air suam/panas membantu melancarkan peredaran darah yang sekaligus melancarkan pengeluaran susu ibu.

Bagaimana pulak setelah waktu berbuka puasa, iftar tu. Kena pam jugak ke?

Setelah waktu berbuka iaitu sepanjang malam, mommies boleh direct feeding seperti biasa dan juga tandem pumping jika ada kesempatan 😉

***

tips menyusu dan berpuasa
Alangkah beruntungnya ibu dan anak jika dapat menyusu secara esklusif selama 2 tahun walaupun ketika Ramadhan al-Mubarak

Dengan segala usaha mommies seperti di atas, YAKINLAH! Pupuklah keyakinan yang tinggi bahawasanya mommies mampu berpuasa di bulan Ramadhan al-Kareem ini. Seboleh-bolehnya puasalah jika mampu. Mommies memang boleh ganti puasa di bulan lain, tetapi alangkah lebih Afdhal jika dapat berpuasa di bulan Ramadhan, bulan terbaik antara bulan-bulan yang lain yang hanya datang sebulan sekali untuk setahun.

Akhir kata, moga entry ini bermanfaat untuk mommies jayakan penyusuan di bulan Ramadhan nanti. Dan didoakan mommies yang menyusu semua MAMPU dan BOLEH berpuasa di bulan Ramadhan ini. Yakinlah BOLEH! Mindset itu penting. Insyaallah mommies pasti BOLEH! KUATKAN SEMANGAT. KUATKAN SEMANGAT DENGAN IKHTIAR sepertI ikhtiar yang dikongsikan di atas 🙂 ❤

Sekian..

“AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN. MARHABAN YA RAMADHAN KAREEM”

 

Salam sayang,

Kak Maz

|Coach Penyusuan Esklusif 2 Tahun| WA: 011.3957.4049| Facebook: Mazyrah Masri

 

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Petua menyusu dalam bulan Ramadhan
  • Menyusu dalam bulan Ramadhan
  • Berpuasa dan menyusu
  • Tips berpuasa bagi ibu menyusu
  • Tips berpuasa ibu menyusu dan bekerja
  • Menyusu, puasa dan bertenaga
  • Tips bertenaga di bulan puasa bagi ibu menyusu
  • Makanan ibu menyusu ketika puasa
Advertisements

2 Comments Add yours

  1. Maya says:

    Mohon share. Terima Kasih.

    Like

    1. Kak Maz says:

      Silakan. Butang Share ada tu sis Maya 😉

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s