Perihal Supplement Tambah Susu Badan – Kenapa perlu? Mujarabkah Dan Bagaimana Ianya Membantu?

Hai ibu menyusu yang HEBAT!

Sebelum ini ada Kak Maz share kan mengenai 10 makanan alami tambah susu kan, harini hakak nak kongsikan pulak tentang benarkah dakwaan ada supplement tambah susu badan?

supplement tambah susu
Pemilihan supplement yang tepat membantu meningkatkan kualiti susu ibu

Tetapi sebelum itu, mari kita lihat dahulu,

Kenapa perlu ambik supplement tambah susu?

Mengikut piramid jadual pemakanan dan keperluan nutrisi ibu menyusu, jika mommies semua dapat makan serupa seperti jadual pemakanan ibu menyusu dan mengira setiap nilai kalori menu makanan harian dengan konsisten tanpa skip, mommies sebenarnya tidak memerlukan supplement. Namun, lumrah hidup kita dengan peranan dan tanggungjawab harian, kekadang kita tidak mampu makan mengikut piramad pemakanan seimbang tersebut. Ada juga yang telah terskip mengambil makanan berzat tinggi dan seimbang ini. Jadi, amat digalakkan pengambilan supplement dalam menu seharian.

Ingatlah mommies ya, penyusuan ini adalah berbalik kepada 2 hormon penting penyusuan iaitu hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Kekadang disebabkan oleh faktor stress, tekanan dan tidak cukup makanan seimbang dan tidak cukup rehat, cabaran-cabaran dalam penyusuan, ianya juga kekadang menduga proses penyusuan esklusif susu ibu.

Oleh kerana itu, sebagai wanita, supplement memang sangat penting ya mommies. Seperti diakui oleh pakar perubatan Dr. Hamid Arshat, “..wanita…teruskan makan supplemen2 tersebut….hingga akhir hayat seseorang wanita”,

ibu-menyusu-perlu-supplimen

Mujarabkah supplement untuk tambah susu?

Supplement adalah makanan tambahan. Kandungan susu ibu adalah bertitik tolak dengan apa yang ibu makan. Contoh, jika ibu makan buah pisang, kandungan susu juga akan mengandungi khasiat pisang tersebut. Begitu jugakla jika ibu makan supplement/ makanan tambahan ini. Ibu yang makan supplement tambahan yang kaya dengan vitamin-vitamin berkhasiat yang baik untuk kesihatannya, ianya akan menjadi air susu yang akan diminum oleh bayi dimana kandungan air susu dengan nutrien berkhasiat ini juga baik untuk perkembangan dan kesihatan bayi.

Mujarabkah sesuatu supplement penyusuan atau supplement milkbooster itu bergantung kepada supplement yang anda pilih dari segi kandungannya, keselamatannya dan keberkesanannya. Oleh kerana itulah, penting ibu memilih supplement yang bukan sebarangan. Pilihlah supplement penyusuan yang betul dan tidak memudaratkan ibu dan bayi. Elak sama sekali supplement tiruan, sentitik dan sebagainya yang boleh mengundang bahaya. Pilihlah yang semulajadi, selamat dan berkesan dalam masa yang sama kandungannya adalah mengikut jumlah nilai keperluan badan ibu.

Bagaimana supplement membantu menambah susu?

Ada pelbagai jenis supplement penambah susu di pasaran yang dikenali sebagai “milkbooster supplement”. Kak Maz tidak mahu membuang masa untuk mencuba setiap satu dari “milkbooster supplement” dalam pasaran tersebut.

Kak Maz sendiri percaya akan kuasa “concentration”. Di mana satu botol supplement di kelaskan mengikut keperluannya. Sebagai contoh, kita ambil contoh 1 botol supplement Sustained Vitamin C yang saya amalkan ini fokus kandungannya adalah vitamin C. Ianya adalah tertumpu dan fokus pada kandungan Sustained Vitamin C dengan tambahan Bioflovanoid yang betindak secara sinergistik dengan Vitamin C tersebut yang menjadikannya sangat berkesan! Begitu juga dengan supplement-supplement lain dari syarikat supplement ini. Bagi Kak Maz, the most I love is “concentration”.

Supplement yang Kak Maz cadangkan ini adalah SEMULAJADI dan SELAMAT ini dapat bertindak dengan berkesan kepada badan kita. Ianya juga ada ujian klinikal untuk setiap produk. Jadi, kita tidak perlu risau atau curiga akan pengambilannya. Dan yang lagi best adalah ianya mujarab dan BERKESAN!

Supplement membantu dalam memenuhi keperluan nutrisi badan si ibu. Seperti yang kita tahu, ibu makan bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi ibu makan untuk 2 orang makan iaitu untuk dirinya dan untuk hasilkan susu anaknya. Jadi dengan adanya supplements, ianya dapat memenuhi keperluan badan, nutrisi dan hasilkan susu ibu berkualiti idaman si anak. Jika badan ibu cukup nutrisi seimbang dan berkhasiat, makin baik dan lancarlah kilang susu ibu bekerja untuk keluarkan susu ibu dengan lebih banyak dan kandungannya berkualiti! 😉

Dengan izin Allah, praktis konsep supply and demand serta amalan supplement penyusuan ini, segala Puji Bagi-Allah, ramai mommies yang telah merasa kehebatan kesannya terhadap diri dan kandungan susu ibu mereka! Alhamdulillah, termasuklah Kak Maz, juga berjaya esklusif menyusu untuk ketiga-tiga anak kandung Kak Maz 😉

Apa supplement tambah susu yang Kak Maz ceritakan ini (macam teringin nak tahu yuk 😉 ). Nanti akan dikongsikan di lain enty. Check it out!

***

Sekian,

Salam sayang,

Kak Maz

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s