Aduhh! Sakitnya Bengkak Susu!

Seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas, “Awas! Bahaya Tau Bengkak Susu”,  entry kali ini kita akan berkongsi lanjut mengenai punca dan cara mencegah bengkak susu. Namun, jika ibu sedang mengalami bengkak susu, dalam entry ini juga ada berkongis mengenai tips merawat bengkak susu tersebut.

Bengkak susu, payudara bengkak atau kita panggil sebagai breast engorgement ini sangat menyakitkan bagi ibu yang mengalaminya.p

Apa punca bengkak susu ini?

Bengkak susu ini berlaku disebabkan beberapa keadan dan faktor iaitu:

  1. Tidak mengosongkan payudara dalam kadar yang sepatutnya antara sela masa 2 atau 3 jam sekali.
  2. Susu yang banyak.
  3. Pelekapan penyusuan di payudara yang kurang berkesan.
  4. Terdapat halangan ketika penyusuan seperti penyusuan direct feeding hanya dibuat dengan sebelah payudara sahaja yang menyebabkan sebelah lagi tidak dikosongkan dan mengalami bengkak. Kadar masa pengosongan payudara adalah sekejap sahaja.

Bagaimana mencegah berlakunya bengkak susu ini?

  1. Bagi awal kelahiran, penyusuan perlu dilakukan sejurus selepas bersalin
  2. Pastikan pelekapan penyusuan bayi adalah betul dan berkesan
  3. Pastikan payudara dikosongkan dalam kadar masa sepatutnya setiap sela masa 2 atau 3 jam sekali pagi dan malam. Boleh rujuk jadual pam untuk jadual pengosongan ini. Bagi ibu yang baru sahaja melahirkan pengosongan payudara perlulah dibuat mengikut permintaan bayi (feed baby on demand).
  4. Serta panjangkan masa penyusuan sehingga rasa payudara dikosongkan. Bagi yang mengepam pastikan teknik mengepam yang berkesan untuk pengosongan payudara ini. Rujuk teknik mengepam berkesan di sini.
  5. Sekiranya bayi cenderung untuk menyusu sebelah sahaja payudara dalam satu masa, ibu perlu mengepam payudara yang sebelah lagi di mana ianya dikenali sebagai tandem nursing.

Aduhh! Breast saya dah bengkak ni! Apa perlu saya buat?

Jika ibu mengalami bengkak payudara ini, ada beberapa tips yang boleh ibu buat. Antaranya adalah:

Tips Penerangan
Jika bayi dapat menyusu Direct feeding bayi sekerapnya.
Pastikan posisi penyusuan dan pelekapan yang betul dan berkesan.
Jika bayi tidak dapat
menyusu
  • Payudara bengkak, memang menyebabkan puting menjadi leper dan susu agak likat dan sukar untuk keluar.
  • Oleh sebab itu ada bayi yang tidak dapat mengeluarkan susu dari payudara bengkak tersebut.
  •  Jadi, ibu perlu perah susu samada dengan teknik perahan tangan atau dengan menggunakan alat pengepam susu.
Sebelum meyusu atau mengepam untuk pengosongan payudara bengkak itu,
ibu perlu mengambil beberapa langkah untuk merangsang hormon oksitosin. Caranya adalah:
  • Tuam (warm compress) payudara dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam.
  • Anda juga boleh mencuba petua orang tua dimana meletakkan seketika helaian sayur kobis di payudara anda.
  • Urut bahagian leher dan payudara ibu. Jika tidak dapat melakukannya sendiri, ibu boleh mohon pertolongan orang lain untuk membantu melakukan urutan.
  • Urut perlahan pada payudara.
  • Pastikan ibu relax dan tenang untuk meransang hormon oksitosin dan pastikan ibu mendapat ruang yang selesa untuk memudahkan proses rangsangan tersebut.
Tips Selepas menyusu/pam untuk kurangkan edema Lakukan cold compress dengan sejukkan
payudara dengan tuala yang dibasahkan dengan air dingin.

Dengan beberapa tips di atas, semoga dapat membantu ibu semua merawat dan mencegah dari bengkak susu berulang lagi. Sebagai alternatif ikhtiar, ibu juga boleh mengambil supplement untuk membantu merawat bengkak susu ini yang terbukti berkesan pada mommies yang lain. Klik sini untuk online shopping.

Apa yang penting, nasihat Kak Maz, pastikan ibu semua kosongkan payudara sekerap mungkin dimana untuk yang sudah masuk kerja pengosongan payudara (mengepam susu) perlulah dilakukan dalam sela masa 3 jam sekali dan untuk setiap sesi, pamlah selama sekurang-kurangnya 20 minit per sesi. Bukan sahaja dapat megelakkan berlakukan bengkak susu malah kekerapan pengosongan payudara ini dapat menggalakkan pengeluaran susu yang lebih banyak dan konsisten. Mudahlah perjalanan penyusuan  esklusif 2 tahun mommies!u ❤

bengkak susu
Beruntungnya si manja jika dapat disusui dengan susu ibu sepenuhnya esklusif dua tahun!

Salam sayang, 

Kak Maz

 

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Faktor terjadi bengkak susu
  • Punca bengkak susu
  • bagaimana merawat bengkak susu
  • cara mencegah bengkak susu
  • apa perlu buat bila payudara bengkak
  • apa perlu buat bila bengkak susu
  • merawat bengkak susu

 

|Shopping online di teamsusuibu untuk layak menerima coaching penyusuan esklusif

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s