Awas! Bahaya Tau Bengkak Susu!

Susu bengkak akan menyebabkan kecenderungan “susu drop”!

Payudara bengkak, bengkak susu atau breast engorgement ini adalah BAHAYA bagi anda wahai mommies yang bercadang untuk menjayakan penyusuan esklusif susu ibu sepenuhnya.

Okay, tetapi sebelum itu, mommies jangan salah faham ye. Breast kita ni bila menyusu ada dua keadaan, satu keadaan full breast (payudara penuh) atau satu keadaan lagi adalah breast engorgement (payudara bengkak). Mommies jangan salah faham akan kedua-dua keadaan ini ya. Keadaan payudara penuh dan payudara bengkak adalah dua keadaan yang berbeza.

Bagi ibu yang menyusu, keadaan payudara penuh adalah suatu yang normal. Namun, keadaan payudara bengkak adalah tidak normal, ianya sakit dan menganggu penyusuan.

Mari Kak Maz senaraikan perbezaan antara payudara penuh dan payudara bengkak.

Payudara Penuh Payudara Bengkak
Normal.
Bagi awal kelahiran selepas 48/72 jam, payudara akan penuh selepas melahirkan
Patologi nya boleh berlaku pada
bila-bila masa sepanjang penyusuan
Suam, penuh dan berat Sakit, Oedematous
Panas dan keras
Tegang dan niple menjadi leper
Berkilat dan kekadang kelihatan merahpayudara bengkak
Susu mengalir keluar ketika
dihisap bayi atau dipum
Susu tidak mengalir keluar
dan sukar untuk keluar
Demam jarang berlaku
untuk payudara penuh
Demam mungkin berlaku akibat
sakit payudara bengkak
Di awal kelahiran (iaitu 10 hingga 14 hari selepas kelahiran) payudara panuh akan sering berlaku sekiranya sebelum penyusuan. Namun, dengan kekerapan menyusu yang kerap lama-kelamaan  payudara akan beransur-ansur berasa lembut sebelum dan selepas penyusuan *FIL (Feedback Inhibitor of Lactation)
Bengkak Payudara akan menyebabkan maklum balas perencat laktasi yang tinggi di mana kesannya menyebabkan
penurunan dalam bekalan susu jika kadar kebengkakkan berterusan

Perhatikan dan fahamkan di situ ya, “FIL”. 

Bila payudara mommies telah alami keadaan bengkak susu ini, otak akan memberi signal  kepada kilang susu untuk mengurangkan penghasilan susu. Apabila signal ini di hantar ke kilang susu, maka penghasilan susu badan akan dikurangkan. Sebab itulah susu akan “drop” jadi susu sikit, susu sikit dan makin sikit selepas alami keadaan bengkak susu ini.

Contohnya, ibu di pejabat, tidak sempat untuk pum susu, jadi ibu biarkan dari pagi hingga ke petang sehinggakanlah alami bengkak susu, kemudian baru ibu pum. Memang susu akan banyak ketika pum payudara yang tengah bengkak itu sebab susu  terkumpul dari pagi hingga petang tersebut. Bukan main seronoknya bukan bila pum payudara yang bengkak itu ibu lihat susu banyak keluar?

Tetapi, esok dan seterusnya apabila ibu pum anda akan perasan yang kuantiti susu perahan akan makin kurang dan makin kurang kerana susu ibu telah “drop” dan susu sikit. FIL atau signal ini telah dihantar untuk mengurangkan penghasilan susu. Ini sangat sangat bahaya untuk penyusuan esklusif. Terpaksa pulak ibu melakukan proses menaikkan demand pengeluaran susu pulak untuk banyakkan susu banyakkan susu sehingga susu banyak ;). Ketika ini teknik power pumping berkesan perlu dilakukan dimana proses menjayakan power-pumping lebih memerlukan usaha keras ibu berbanding keadaan penyusuan normal.

Selain payudara bengkak ini mempengaruhi FIL, keadaan payudara bengkak ini juga menyebabkan kecenderungan berlakunya Blocked Duct dan Mastitis di mana worse come to worse for certain case sehingga perlu kepada operation (topik ini akan Kak Maz kongsi di lain entry ya).

Jadi, untuk kekal esklusif penyusuan selama 2 tahun, mommies jangan tunggu payudara bengkak baru nak pum ya. Jangan tunggu payudara penuh baru nak pum. Jangan tunggu, jangan tunggu penuh atau bengkak baru pum. Mommies perlu kosongkan payudara sekerap yang mungkin. Rajin-rajinkanlah diri mommies untuk patuhi jadual mengepam yang konsisten 3 jam sekali pum. Insyaallah susu akan terus melimpah bak air yang mengalir laju ke dalam corong breastpump dan mulut bayi anda untuk jangka masa 2 tahun itu! 😉

Sekian.

Nantikan entry seterusnya berkaitan dengan pengurusan payudara bengkak (cara mengubati payudara bengkak) ini dan details penyebab payudara bengkak serta cara pencegahannya. Check it out! 

ceria setelah tiada bengkak payudara
Hari-hari penyusuan anda akan ceria, secerianya pengosongan payudara setiap 3 jam!

 

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • bengkak susu dan kesannya
  • bahayakah bengkak susu
  • bengkak susu apa nak buat
  • bagaimana mengelakkan bengkak susu
  • payudara bengkak dan cara atasinya
  • cara atasi bengkak susu
  • cara merawat bengkak susu
  • penyusuan esklusif dan formulanya

 

|Shopping online di teamsusuibu untuk layak menerima coaching penyusuan esklusif

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s