Baby Tak Mahu Hisap Breast Saya..Sedihnya..

Assalamualaikum ibu ibu yang dirahmati Allah selalu.. Menjadi ibu bekerjaya dalam masa yang sama menyusu bayi adalah sesuatu yang mencabar namun ianya bukanlah sukar. Dengan perancangan rapi dan ilmu yang cukup, ibu ibu bekerja mampu menjayakan penyusuan exclusive kepada bayi mereka.

bayi tidak mahu hisap susu daripada payudara saya
Anak tidak mahu menghisap payudara ibu bukanlah bermaksud dia tidak mahu, tapi cara penyusuan perlulah di ambil kira. Ilustrasi gambar dari Google.

Walau bagaimanapun, kekadang masih terdapat beberapa kekangan dan masalah yang timbul yang dihadapi segelintir dari kita ibu ibu apabila sudah masuk bekerja. Contohnya seperti baby tak mahu menyusu direct dengan ibu dengan erti kata lain, baby tak mahu hisap breast si ibu nya. Ramai juga sebenarnya mengalami masalah ini. Hal ini sedikit sebanyak mungkin dipengaruhi oleh alternative lain iaitu minum dari botol susu. Perkara ini tidak boleh di pandang remah kerana payudara yang tidak dihisap secara langsung (direct feeding) oleh bayi akan mengalami kemeruduman  susu oleh sebab kekurangan stimulasi secara terus dari bayi. Mari kita baca sedikit perkongsian tips dari sahabat kita iaitu mummy Zura dan saya sendiri akan topik kenapa hal ini berlaku dan bagaimana mengatasinya.

Punca Hal Ini Berlaku? 

  • Bayi mengalami hidung tersumbat

Keadaan hidung yang tersumbat disebabkan selsema atau ada lelehan hidung akan menganggu proses penyusuan direct-feeding. Bantu bayi anda menyusu dengan memberi ruang kepada hidung mereka untuk bernafas ketika mereka menyusu.

  • Keadaan pelekapan penyusuan yang tidak betul

Keadaan pelekapan penyusuan yang tidak betul atau tidak selesa turut akan mempengaruhi bayi untuk terus menghisap breast mummy atau tidak. Pastikan anda memegang bayi dalam posisi yang betul dengan cara pelekapan yang betul dimana mulut bayi terbuka luas dan menghisap bahagian aroela payudara anda bukan menghisap puting semata. Dengan pelekapan yang betul ini akan membantu bayi mendapatkan air susu ibu dengan jayanya walaupun jika anda mempunyai puting berjenis leper/rata atau puting tenggalam. Pelekapan yang betul pada aroela ibu dengan posisi bayi ‘in-line’, muka bayi mengadap breast, akan membantu bayi lebih suka untuk menghisap breast mummy.

  • Susu yang terlalu banyak dan laju

Keadaan ini kebiasannya berlaku diperingkat awal kelahiran bayi. Pada masa ini sistem badan ibu masih belum dapat mengenalpasti jumlah pengeluaran susu yang diperlukan oleh bayi. Manakala bayi pula di dalam fasa mempelajari teknik menyusu. Pada peringkat ini bayi agak sukar mengawal kadar susu yang dihisap. Sekiranya susu ibu terlalu banyak, kemungkinan besar mereka akan menghadapi masalah sering tersedak. Sekiranya keadaan ini sering berlaku, sedikit sebanyak bayi akan mengalami trauma dan mengelak untuk minum susu terus daripada ibunya.

  • Bayi lebih suka minum melalui botol berbanding secara terus (direct feeding)

Ada ibu-ibu yang keliru dengan keadaan ini. Ada yang beranggapan bayi mereka menolak susu ibu dan lebih sukakan susu formula.  Ini kebiasannya disebabkan oleh lubang pada puting susu yang besar dan bayi tidak perlu bersusah payah mengerakkan rahang mereka untuk menyusu. Jika dibandingkan dengan menyusu secara terus, bayi perlu mengerakkan rahang bagi mendapatkan susu. Oleh itu, mereka lebih suka susu botol sebab tak perlu berusaha terlalu gigih.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Ini?

  • Susukan bayi secara kerap. Bagi bayi yang baru dilahirkan, sebaiknya susukan setiap 2 jam sekali. Kejutkan bayi dari tidur sekiranya perlu.
  • Sekiranya payu dara membengkak, perah dahulu susu sebelum mula menyusukan bayi. Ini mengurangkan jumlah susu dalam payudara dan sekaligus mengelakkan flow susu menjadi terlalu laju ketika proses penyusuan dan sekaligus mengelakkan bayi tersedak susu.
  • Selepas menyusukan bayi, sebaiknya perah susu hingga ke titisan terakhir. Selain dari membantu menggalakkan pengeluaran susu, ia juga mengelakkan payudara menjadi bengkak sebelum sesi penyusuan yang seterusnya.
  • Gunakan pam yang elok dan sesuaikan diri dengan pam tersebut samada ianya single-pump atau dwi-pumping.
  • Susukan bayi mengikut keperluan mereka. Pastikan mereka menyusu secara terus walaupun sedikit, tetapi jangan memaksa secara keterlaluan. Berhenti sekiranya mereka menolak. Susukan kembali ketika mereka kelihatan haus. Kebiasannya menyusu kan bayi ketika mereka separa sedar (dalam keadaan mamai) agak mudah
  • Jangan susukan bayi ketika mereka terlalu lapar. Offer susu secara berkala. Contohnya, sejam sekali atau setengah jam sekali.
  • Susukan bayi dalam suasana yang tenang. Jauhkan dari kebisingan dan gangguan. Emosi ibu ketika itu juga harus dalam keadaan yang relax dan tenang.
  • Ambil peluang yang ada untuk meluangkan masa dengan bayi, banyakkan sentuhan dengan bayi.
  • Elakkan pengunaan puteng kosong kalau boleh haramkan pengunaan puteng kosong pada bayi anda.
  • Pada hujung minggu, haramkan langsung penggunaan botol walaupun ketika berada di tempat awam. Pelajari teknik penyusuan di tempat awam.
  • Jangan marah dan jangan memaksa bayi anda. Sabar..! sabar..! sabar..! Takkan buat sekali terus berjaya. Luangkan masa yang ada di antara anda dan bayi
  • Doa yang berterusan agar usaha ibu-ibu semua dipermudahkan.
  • Jangan Putus Asa, jika rasa down boleh call saya.., InsyaAllah saya akan bantu kembalikan semula keyakinan ibu-ibu semua. 😉 

 

*****************
Saya juga pernah mengalami episod bayi tak mahu direct breastfeed ini ketika anak pertama saya. Saya faham.. memang sedih dan stress masa itu.. Namun, syukur pada Allah episod tersebut telah berlalu dari saya dan telah dapat diatasi.. dinasihatkan pada ibu ibu sekiranya hal ini berlaku pada anda, yang penting Jangan Putus Asa, teruskan niat dan usaha untuk  meneruskan penyusuan kepada bayi anda.. jika rasa down jugak boleh call contact saya.. InsyaAllah saya akan bantu kembalikan keyakinan ibu ibu semua.. 😉

 

Salam sayang, 

Kak Maz

Emel: momzyrah@gmail.com

What’s App: 011-3957 4049

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s