Bagaimana Nak Buat Stok Susu? Saya Tak Tahu, Tak Reti..Tolong!

Assalamualaikum mommies yang hebat!

Soalan kali ini..

Bagaimana nak buat stok susu? Saya tak tahu, tak reti..tolong!

Ada beberapa cara untuk buat stok susu ibu.

Sebelum Kak Maz menjawab, tahukan mommies yang susu perahan oleh ibu yang disimpan dalam freezer sejuk beku dikenali sebagai Expressed Breast Milk atau singkatannya disebut EBM? Ianya dipanggil EBM kerana ibu boleh menggunakannya dengan segera setelah dinyahbekukan. Seperti makanan frozen ūüėČ susu perahan kita bekukannya dahulu. Apabila diperlukan, kita terus boleh keluarkan dari peti sejuk beku untuk dinyahbekukan dan kemudian dipanaskan. Ianya adalah expressed!

EBM sangat praktikal untuk ibu yang bekerja mahupun suri rumah yang terpaksa meninggalkan anak seketika untuk menguruskan hal-hal lain.

Bagimana nak buat stok susu ini?

BERMULA DENGAN PENYEDIAN BAHAN MENGEPAM

Cara membuat stok susu ibu BERMULA DENGAN PENYEDIAN BAHAN MENGEPAM. Mommies perlu sediakan bahan untuk mengepam bagi tujuan mengumpul stok susu. Bahan mengepam adalah:

  • ¬†breast pump
  • botol susu yang bersih untuk mengisi susu yang diperah.
  • bekas¬†storage susu yang bersih (samada botol atau storage plastic bag)
  • Peti sejuk beku¬†(samada freezer di¬†refrigator 1 pintu, 2 pintu atau deep freezer) untuk menyimpan susu perahan.

Untuk pemilihan breast-pump, ianya terpulang samada breastpump mommies adalah manual atau elektrik. Namun, kaedah marmet juga membantu jika mommies selesa dan dapat kosongkan payudara dengan teknik tersebut. Walaupun begitu, untuk kumpul stok susu yang banyak disarankan untuk menggunakan breastpump berjenis elektrik dengan dwi-pumping kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

BERMULA SEAWAL IBU BERPANTANG 

Cara membuat stok susu ibu BERMULA SEAWAL IBU BERPANTANG. Ketika itu ibu yang berpantang boleh mula membuat stok susu perahan.Selain meningkatkan penghasilan susu ibu ketika di awal kelahiran, susu perahan tersebut boleh mula di simpan di dalam peti sejuk beku untuk mengekalkan kandungan susu ibu dan menjaga jangka hayat susu ibu tersebut. Mommies dicadangkan mula mengumpul susu perahan seawal 2 atau 3 minggu selepas kelahiran sekiranya ingin mengumpul stok susu yang banyak sebelum masuk kerja.

JADUAL MENGEPAM

Untuk buat stok susu, mommies perlu menyusun JADUAL MENGEPAM sendiri. Jadual mengepam sangat penting buat ibu yang bekerja. Mommies perlu membuat jadual mengepam dengan mengguna pakai konsep kosongkan payudara dalam tempoh 2 hingga 3 jam sekali. Maksudnya jika mommies mula mengepam pada pukul 8.00 pagi, seterusnya mommies perlu mengepam pada jam kira-kira pukul 10.30-11.00 pagi. Kemudian pada jam kira-kira 2.00pm dan sesi selanjutnya pada jam kira-kira 5.00 petang dan seterusnya bagi sesi-sesi lain. Ianya adalah adjustable mengikut keselesaan mommies. Namun, sekali lagi ditegaskan jadual mommies perlu mengikut konsep¬†kosongkan payudara dalam tempoh 2 hingga 3 jam sekali ya! ūüėČ

Mommies perlu patuhi konsep masa pengosongan tersebut samada payudara mommies penuh atau tidak, mommies perlu mengepam dalam tempoh 2 hingga 3 jam sekali. Ini untuk mengekalkan demand pengeluaran susu ibu. Bila demand sentiasa ada, kilang susu mommies akan sentiasa supply untuk keluarkan susu dari badan..dapat setakat ini?

Bagi suri rumah, anda juga boleh praktikkan jadual mengepam ini walaupun anda dapat direct-feed anak anda. Bagaimana? Ya boleh, dengan amalan tandem-pumping semasa anak menyusu direct dengan kita. Tandem-pumping bermaksud sebelah payudara anda direct menyusu anak, dan sebelah payudara lagi dipam menggunakan breast-pump.

Jika di rumah, kebiasaannya bayi lebih cenderung untuk menyusu sekerap 2 jam sekali menyusu. Itu juga merupakan ‘jadual’ inderectly untuk ibu suri rumah. Jika ibu tidak sempat membuat tandem-pumping untuk kumpul stok susu,¬†¬†ibu suri rumah boleh mengepam ketika tengah malam anak sedang tidur atau di waktu awal sebelum subuh.

Ingat, jangan skip jadual mengepam dan terus konsisten ya jika mahu terus buat stok susu banyak dan jika mahu terus kekal exclusive breastfeeding si manja anda..

Sekian sahaja untuk topik ini! ūüėČ

buat-stok-susu-ibu
Beruntungnya si anak jika dapat disusui dengan penyusuan susu ibu esklusif dua tahun!

 

*Jika mommies ingin tahu lanjut mengenai cara berkesan pam susu perahan EBM ini, mommies boleh rujuk di link cara pam susu berkesan ini.

*Jika mommies ingin tahu lanjut mengenai cara penyimpanan susu perahan EBM ini, mommies boleh rujuk di link panduan penyimpanan EBM ini.

 

***

Moga dengan perkongsian ini, ianya bermanfaat untuk mommies praktikkannya dan menjadi ibu menyusu yang hebat dari hari ke hari. Insyaallah! ūüėČ ūüėČ

Salam sayang, 

Kak Maz

|Perlukan bimbingan penyusuan susu ibu? Hubungi 011.3957.4049. Saya bersedia membantu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s