Teknik Power Pumping Berkesan- Bantu Pulihkan Susu Yang Drop

Pulihkan susu drop dengan Power Pumping? Bagaimana tu?

Hai ibu yang gagah menyusu! ūüėČ

Seperti entry yang lepas Kak Maz ada berkongsi tentang 5 Tips Kembalikan Susu Ibu Setelah Drop, harini sambungan kepada kisah Power Pumping sebagai langkah usaha ke arah memulihkan susu anda yang telah merudum (drop) itu.

pump-milk_mrs_flinger-flickr-susu-drop-power-pumping
Susu perahan yang sedikit boleh dibaik pulih sekiranya kita konsisten meningkatkan demand and supply kilang susu kita (ilustrasi gambar dari Mrs Flinger Flickr)

Tapi, apa itu power pumping?

Power pumping bila di alih bahasa menjadi ‘kuasa mengepam’ oopss! ūüėÄ

Okay, mudahnya power pumping ini dikaitkan konsep asas penyusuan iaitu ‘demand and supply’ dimana ianya adalah teknik meningkatkan demand pengeluaran susu ibu dengan mengosongkan payudara dengan kadar yang kerap dan berulang kali dalam satu tempoh masa.

Disebabkan itu,¬†ia selalunya dikaitkan dengan teknik mengepam selama satu jam untuk ‘paksa’ tingkatkan demand pengeluaran susu. Ianya juga bertindak untuk ‘paksa’ badan hantar signal ke otak dengan arahan “hasilkan lebih banyak susu!!”. Jadi otak akan mencetuskan hormon prolaktin dari kelenjar pituitari untuk bekerja keras supaya keluarkan lebih banyak susu walaupun badan ibu sedang alami fasa susu drop.

Berkesan ke kaedah ini untuk pulihkan susu saya yang tengah drop?

Kebanyakkan kes bagi ibu-ibu yang konsisten berusaha dengan power-pumping berjaya pulihkan susu ibu yang tengah drop. Contohnya, jika susu perahan pada fasa itu hanya 1-2 oz sahaja, peningkatan jumlah oz perahan dapat dilihat beberapa hari demi hari jika amalan power pumping ini konsisten untuk beberapa tempoh yang sepatutnya.

Teknik power pumping ini bukan sahaja berkesan untuk ibu menyusu yang ingin mengembalikan kemeriahan pengeluaran susu mereka, tetapi ianya juga digunakan oleh ibu yang ingin kembali ‘relaktasi’ setelah berhenti seketika atas sebab tertentu. Selain itu, teknik power pumping ini juga digunakan oleh wanita yang ingin menyusukan anak angkat. Namun, keberkesanan teknik ini perlulah seiring dengan konsistensi ibu melakukan teknik ini.

Bagaimana cara dan teknik yang betul dan berkesan untuk saya buat power pumping ini?

Perlu diingat yang power pumping ini bukanlah untuk mengantikan kaedah mengepam mengikut jadual seperti sebelum ini. Anda perlu pam mengikut jadual seperti biasa iaitu kosongkan payudara untuk 2 atau 3 jam sekali. Allocate kan satu jam di luar jadual waktu mengepam anda iaitu seperti di waktu tengah malam untuk melakukan power pumping ini.

Diingatkan sekali lagi, konsep power pumping sebenarnya adalah untuk meningkatkan demand pada kadar yang lebih banyak dari sesi-sesi pengepam biasa. Sesi mengepam biasa mengambil masa lebih kurang 20-30 minit per sesi. Namun, berbeza untuk situasi power pumping, ianya dilakukan selama satu jam per sesi dan waktu saranan untuk melakukan power pumping adalah pada waktu tengah malam dan/atau waktu awal pagi sekitar sebelum subuh.

Langkah-langkah berkesan untuk melakukan power pumping adalah dikelaskan mengikut jenis pam yang anda ada  samada anda mengunakan single pump atau double pump:-

Single Pump

Mulakan dengan pam sebelah kanan selama 10 minit, kemudian sebelah kiri 10 minit, tukar lagi sebelah kanan 10 minit dan seterusnya bertukar2 sehingga cukup 1 jam.

Double Pump 

Mulakan pam kedua-dua payudara selama 10 minit, rehat 10 minit, pam semula selama 10 minit dan ulangi proses tadi sehingga cukup 1 jam.

Berapa hari perlu buat power pumping ni?

Ia bergantung kepada badan anda sehingga anda nampak perubahan pengeluaran susu anda. Kebiasaannya akan nampak hasil setelah dua minggu, paling cepat seminggu. Namun bagi ibu yang ingin relaktasi atau yang ingin menyusu kerana ambil anak angkat proses power pumping perlu lebih lama dalam masa lebih kurang sebulan sehingga nampak hasil.

Ada pantang larang ke semasa membuat power pumping ini?

Syarat wajibnya adalah perlu KONSISTEN setiap hari sehingga nampak hasil!

Bagaimana nak tahu usaha power pumping kita berkesan iaitu berhasil ataupun tidak?

Anda perlu merekod setiap hasil perahan anda. Rekodkan jumlah susu perahan untuk setiap sesi. Daripada  situ anda akan dapat pantau peningkatan pengeluaran susu anda hasil daripada teknik power pumping ini.

Apa perlu saya buat sebagai tambahan kepada power pumping untuk kembalikan semula susu yang drop?

Tidak dinafikan melakukan power pumping ini memenatkan. Anda perlu bangun di malam dan waktu awal pagi. Tapi demi anak tersayang pengorbanan ibu sememangnya tidak ternilai. Untuk itu ibu disarankan untuk mengambil supplement tambahan untuk memastikan keadaan badan ibu terus bertenaga dan cergas walaupun bangun malam beberapa kali untuk penyusuan ini.

Hakikatnya, sepanjang tempoh penyusuan, kita tidak mahu sekiranya kita gigih berusaha menyusukan bayi esklusif pagi petang siang malam untuk selama 2 tahun (712 hari), tetapi kesannya menjejaskan badan kita, mengakibatkan badan kita lesu, kulit kusam, stress, dan yang paling ketara kita tidak mahulah tulang mereput lebih awal dari usia, gigi hilang dua tiga batang lebih awal dan nampak lebih tua dari usia sebenar,  betul tak?

Supplement yang Kak Maz sarankan adalah set penyusuan premium keluaran Shaklee. Ianya bukan sahaja berkesan untuk diri Kak Maz seorang tetapi juga berkesan untuk ramai lagi sahabat ibu kita di luar sana. Untuk konsultansi lanjut mengenai supplement penyusuan ini anda boleh hubungi Kak Maz ye.

 

testimoni-tambah-susu-1
Salah satu review penggunaan set penyusuan Shaklee (sumber dari team projek susu kami)

 

**

Sekian, moga perkongian ini bermanfaat buat anda dan penyusuan bayi anda!

p/s: Jika anda tidak tertahan untuk  menanggung cabaran penyusuan seorang diri, hubungi saya untuk sokongan, bahu saya ada untuk anda.

 

Salam sayang, 

Kak Maz

|Rakan setia penyusuan anda 011.3957.4049

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s