Apa Tanda Tidak Cukup Susu Bagi Ibu dan Bayi?

Susah hatinya saya.. anak asyik menangis macam tak cukup susu. Saya pam susu tapi macam makin drop dan makin kurang. Macam mana ni ni, saya nak anak saya terus menyusu dengan susu badan saya. Tolongg saya! Tolong saya please! ūüė•

Itu pengakuan dan cetusan rasa hati dari salah seorang ibu yang menyusu yang menghadapi cabaran ‘susu drop’. Pelbagai lagi keluhan dan resah ibu menyusu lain yang juga mengalami fasa seperti ini. Jangan risau ibu-ibu, bahu saya ada untuk anda…

Tapi suka saya bertanya semula kepada ibu yang mengalami fasa susu drop ini akan keadaan yang menyebabkan mereka berfikir bahawa susu badannya drop? Bagaimana anda mengenalpasti susu drop?

Untuk ibu yang mengepam susu, mudah untuk anda mengenal pasti fasa susu drop atau tidak bukan dengan cara melihat pada setiap hasil kuantiti susu perahan.

 

tanda-tidak-cukup-susu-2
Tanda tidak cukup susu bukan sahaja pada bayi malah ibu juga merasainya

3 Tanda Ibu Tidak Menghasilkan Cukup Susu Badan

  1. Payudara terasa kosong dan tidak penuh dan sewaktu pengepam hasil perahan hanya sedikit.
  2. Ibu terasa sakit puting ketika direct feeding atau mengepam..
  3. Payudara tidak terasa lembut setelah menyusukan.

 

Namun bagi ibu yang hanya direct feeding baby, susu drop juga boleh dikenalpasti dengan keadaan bayi yang dikira tidak cukup susu ibu. Bagaimana keadaan bayi susu ibu yang tidak mendapat cukup susu ini?

crying-baby-team-susu-ibu
Bayi hanya mampu luahkan bahawa dia tidak mendapatkan susu secukupnya (tidak kenyang) dengan tangisan dan rengekan sahaja. Ibu perlu bertenang dan teruskan penyusuan 

7 Tanda Bayi Tidak Cukup Susu

  1. Baby meragam seperti kerap merengek dan menangis walaupun setelah menyusu dengan susu ibu
  2. Keadaan najis yang kurang dan warna agak kehijauan. Selalunya untuk bayi susu ibu yang normal, najisnya berwarna kekuningan cair.
  3. Lampin pakai buang yang kurang basah tandanya bayi kurang kencing. Anggaran pempers pakai buang bagi bayi cukup susu ibu adalah 6-8 pampers dalam sehari
  4. Bayi tidak aktif – bayi kelihatan letih dan mengantuk. Ini juga kerana faktor bayi tidak mendapat cukup khasiat dari air susu badan ibu.
  5. Bayi kurang mahu menyusu –¬† bayi perlu dipaksa untuk menyusu
  6.  Berat badan bayi lambat/tidak meningkat (kurang dari 400gm sebulan dan tidak konsisten setiap bulan) dan keadaan kulit bayi kelihatan kering dan kusam.
  7. Tiada bunyi menelan air susu ibu semasa direct feeding. Cara hisapan yang ringan dan laju-laju. Serta tiada bunyi ‘burrp’ yang menunjukkan tanda bayi kenyang selepas menyusu.

Jika ada antara tanda ini pada anda wahai ibu dan pada bayi anda, diharapkan ibu tidak panik ya. Bertenang dan jangan gelabah sekiranya anak terus merengek dan stok susu EBM juga makin berkurangan. Kerisauan yang melampau akan mengundang pada stress diri yang bakal menganggu produksi kilang susu badan ibu. Ibu boleh lihat 5 Tips Kembalikan Susu Setelah Drop di sini.

Jika ibu tidak tertahan menanggung fasa ini seorang diri, boleh hubungi saya untuk sokongan penyusuan 011-3957 4049, bahu saya ada untuk anda.

 

Salam sayang, 

Kak Maz

Rakan setia penyusuan anda

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s