10 Makanan Untuk Tambah Susu

Assalamualaikum mommies hebat!

Mommies yg menyusu pasti selalu akan berfikir mengenai makanan untuk menambahkan susu bukan?

Satu cara paling berkesan untuk meningkatkan produktiviti susu badan ibu adalah dengan konsisten mengosongkan payudara ibu samada direct feeding atau mengepam susu setiap 2-3 jam sekali. Pengosongan payudara akan memberi signal kepada badan untuk meningkatkan penghasilan susu.

Walau bagaimanapun jika mommies merasakan perlu penambaikan terhadap penghasilan susu, mommies perlu mempertimbangkan untuk mengambil makanan tambahan untuk membantu menambah produktiviti susu mommies. Makanan penggalak susu dipanggil sebagai galactagogues. Mari kita lihat antara makanan penggalak susu ibu:-

alfafa-booster-susu-ibuHerba Alfafa

Herba Alfafa dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Ianya membantu dalam meningkatkan produktiviti susu mommies. Alfafa membantu dalam detox badan mommies seterusnya meningkatkan tenaga. Jangan terkejut setelah anda mengambil Alfafa payudara anda akan bengkak kerana penghasilan susu badan sangatt produktif!

oatmeal-booster-susu-ibu

Bijirin Oat

Bijirin oat senang untuk disediakan bukan. Oat mengandungi fiber dan penuh dengan tenaga. Seperti entry yang lepas ‘kenapa ada hari susu banyak, ada hari susu drop’ ada dikongsikan mengenai sebab badan ibu letih, jadi mommies perlulah ambil makanan yang membantu mengembalikan tenaga.

 

kekacang-booster-susu-ibuKekacang

Kekacang seperti almond, cashew, soya dipercayai dapat meningkatkan productiviti susu. Ianya kaya dengan protein, kalori, vitamin dan mineral yang dapat  meningkatkan tenaga dan nutrien. Ianya sesuai untuk di ambil sebagai snack. Namun kekacang soya perlu diperhatikan samada GMO atau Non-GMO. Pilihlah soya yang Non-GMO seperti daripada produk ESP.

Kurma

kurma-tingkatkan-susu-ibu

Kurma kaya dengan gula sihat. Kurma juga mengandungi zat besi dan kalsium. Mommies boleh ambil mengamalkan memakan kurma untuk meningkatkan penghasilan susu badan mommies. Boleh makan kurma begitu sahaja atau mommies boleh campurkan dengan makanan lain seperti susu dan jus buahan.

roti-putih-tingkatkan-susu-ibuRoti

Memakan roti gandum arau roti putih juga dapat membantu meningkatkan penghasilan susu kerana roti kaya dengan kalori dan tenaga. Namun pengambilannya perlulah dikawal. Mommies boleh mengambil 2-3 keping roti putih dalam satu sajian pada waktu pagi dan petang sebelum sesi mengepam.

garlic-booster-susu-ibuGarlic 

Garlic atau bawang putih sangat membantu dalam sistem ketahanan badan. Ianya dapat membantu meningkatkan produktiviti susu badan mommies sejak berzaman lagi. Disebab itulah ketika berpantang, sajian makanan ibu berpantang dilebihkan bawang putih dalam masakan.

Selain itu, satu kajian kecil ada menyatakan bayi yang disusui oleh ibu yang memakan garlic akan cenderung untuk menyusu dengan lebih lama kerana didapati bayi menyukai rasa garlic dalam susu ibu tersebut.

omega-tingkatkan-susu-ibu

Omega-3 

Omega-3 dapat  membantu penyusuan dengan merangsang hormon-hormon bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Pilihlah makanan yang mengandungi Omega-3 seperti telur, ikan salmon, almond atau anda boleh menikmati supplement Omega-3 namun pilihlah supplement Omega-3 tulen dari minyak ikan bukanlah dari hati ikan.

lobak-putih-tingkatkan-susu-ibuLobak Putih

Tradisi turun temurun untuk mengamalkan  makan lobak putih. Lobak putih sinonim dengan membantu hasilkan susu ibu lebih. Mommies boleh tambahkan lobak putih dalam sup atau sajian sayuran yang lain. Walaupun rasanya agak kelat, namun ianya bermanfaat.

minum-susu-tingkatkan-susu-ibu

Susu (Kalsium)

Sebagai ibu yang menyusu, mommies perlu tidak lupa akan pengambilan kalsium dari sumber tenusu seperti susu lembu, susu kambing, yogurt ataupun cheese. Minumlah susu pada waktu pagi dan malam. Makanan dari sumber kalsium membantu penghasilan susu ibu.

8-glasses

Air Kosong

Mommies cepat hauskan ketika direct-feeding atau mengepam? Dengan menyediakan air di sisi ibu ketika mengepam/direct feeding akan membantu hilang rasa haus tersebut bukan. Ini bermakna badan ibu yang menyusukan mudah terhidrat. Oleh itu, mommies perlu mengekalkan minum 2-3 liter air sehari kerana ianya bukan sahaja membantu hidratkan semula badan ibu malah air membantu dalam penghasilan air susu ibu yang banyak.

**Penggalak susu atau penambah susu ini dapat dipelbagaikan. Mommies boleh makan dengan portion yang lebih dari sebelumnya kerana anda makan untuk dua orang makan. Tetapi perlu ada pengeluaran dan pengosongan susu badan ya, tingkatkan supply-demand susu badan mommies. Jika tidak bukan susu badan yang bertambah tetapi berat badan mommies yang ‘bertambah’ 🙂

Sekian untuk entry kali ini. Moga ianya bermanfaat.

Jika mommies perlukan sokongan dalam menjayakan penyusuan susu ibu, saya sedia membantu dalam proses itu, insyaallah!

Sebelum mengakhiri, boleh kongsikan tak apa pula  penggalak susu anda amalkan? 🙂

Salam sayang, 

Kak Maz

| Sokongan Penyusuan 011.3957.4049 

Advertisements

2 Comments Add yours

  1. norizanrahman says:

    alhmdulillah…terima ksh kak maz.entry ni byk mmbntu sy dlm mncari ikhtiar tuk mnambhkn ssu bdan.mmg sy akui pmknan mmainkn prnan y pnting dlm mmastikn ssu sntiasa mantain n byk..kdg2 krg mnum air kosong pn blh jd pnca ssu krg….oleh itu,ssuatu usaha atau amalan kt hndklh d lakukn secara konsisten bru akn mndpt hasil y berterusan.

    Liked by 1 person

    1. Kak Maz says:

      Terbaik Izan, usaha dan konsisten tangga kejayaan! Izan boleh cuba antara makanan penambah susu tersebut ya 😉

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s