Panduan Penyimpanan EBM

Bagaimana nak simpan Air Susu Ibu (ASI) yang telah dipam?

ASI yang telah di pam perlu di simpan dengan cara betul bagi megekalkan kandungan yang terkandung di dalamnya. Seperti yang semua ibu sedia maklum, ASI mengandungi segala kebaikan antibodi, enzim, protein dan nutrien berguna lain yang sangat baik untuk perkembangan fizikal  dan minda bayi.

Namun, ibu perlu beringat dan menitik beratkan cara penyimpanan ASI bagi memastikan kualiti ASI tetap terpelihara. ASI yang disimpan dikenali sebagai Expressed Breast Milk (EBM) di mana ianya adalah susu ibu segera yang digunakan ketika diperlukan bayi tanpa perlu direct-feeding dengan payudara ibu.

Setelah dipam ASI boleh disimpan  samada di dalam botol susu dengan penutup kedap atau ianya boleh juga disimpan dalam plastik ziplock.

medela-bottle-3x150ml1-breastfeeding-team-susu-ibu-panduan-penyimpanan-susu-ibu
Gambar contoh botol kedap udara dengan penutup bagi penyimpanan susu ibu
top-breast-milk-bags-520x245-panduan-penyimpanan-susu-ibu
Gambar contoh storage bag (plastik) dengan ziplock kedap udara untuk penyimpanan susu ibu

Banyak jenama storage botol dan storage bag (plastik) di pasaran seperti jenama Medela, Jingle Jungle, Autumz, Lansinoh, Avent, Nuk dan sebAgainya. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian baget anda.

Apa yang penting, botol dan storage bag (plastik) yang anda gunakan di tutup elok dan tiada udara tersisa di dalamnya.

Yang mana lebih baik digunakan Kak Maz untuk penyimpanan susu ibu ini, botol atau plastik storage bag itu?

Kedua-duanya mempunyai kelebihan. Tetapi menurut Dr Sears penggunaan botol bagi penyimpanan ASI adalah lebih digalakkan dan lagi bagus sekiranya dapat simpan dalam botol kaca. Walau bagaimana pun, penggunaan storage bag (plastik) masih relavan namun dinasihatkan untuk memilih plastik bag yang mempunyai dua ziplock.

Namun, ramai ibu yang gemar menggunakan storage bag (plastik) ini kerana ianya menjimatkan ruang penyimpanan di dalam peti sejuk. Namun penjagaan platik bag untuk menyimpan ASI perlulah cermat kerana plastik bag cenderung untuk pecah. Pernah ada kes banyak susu ibu yang di simpan pernah pecah kerana disimpan terlalu lama atau pecah disebabkan cara penyusunannya yang kurang tersusun.

Kenapa perlu kedap udara untuk menyimpan air susu ibu ini?

Udara yang tersimpan sama dalam botol atau plastik bag (plastik) akan menggalakkan pembiakan bakteria. Oleh itu perlu anda perlu mengeluarkan udara dari plastik bag sebelum dan selepas susu ibu di isi di dalamnya.

Namun, anda perlu tinggalkan sedikit ruang pada botol/plastik susu sekurang-kurangnya satu inci. Seperti kiub ais, susu ibu juga mengembang apabila disejukkan. Botol akan terbuka dan plastik bag akan pecah jika tiada ruang ketika ianya disejukkan. Kemudian barulah anda zip dan lock kan plastik tersebut.

Berapa ml/oz perlu saya isi dalam satu botol/plastik bag ini?

Anggaran ml/oz untuk satu simpanan adalah bergantung kepada berapa ml/oz yang bayi anda minum per sesi. Untuk bayi baru lahir di anggarkan dalam 2 oz. Namun selepas umur bayi menganjak ke usia lebih 3 bulan, purata bayi minum 4-5 oz per sesi. Jadi adalah memadai sekiranya anda mengisi sebanyak 4-5 oz sahaja untuk setiap botol/plastik penyimpanan supaya tidak membazir sekiranya ia telah dipanaskan.

Apa saya perlu buat selepas selesai proses mengepam dan simpan dalam botol/plastik bag?

Anda perlu menandakan dan buat label tarikh dan masa pada botol/plastik bag tersebut. Ini untuk memudahkan anda pantau tarikh penggunaan dan ‘expiring’ EBM itu. Selepas itu, susu perahan anda siap sedia untuk disimpan di dalam refrigator atau freezer.

Jika susu perahan saya banyak, tetapi saya buntu untuk menyusun dalam refrigator/freezer. Adacara yang berkesan ke untuk menyusun EBM?

Ya, ada. Anda disarankan untuk menyusun EBM dalam peti simpanan sejuk beku mengikut sistem FIFO. Apa itu sistem FIFO?

fifo-breastmilk-storage-2-sokongan-penyusuan
Sistem FIFO

Sistem FIFO adalah singkatan kepada ‘First In, First Out’. FIFO dalam penyusunan susu ibu di dalam freezer adalah di mana anda menyusun EBM mengikut tarikh yang terdahulu di letakkan di hadapan supaya mudah untuk anda keluarkan. Dalam erti kata lain, susu yang di pam terlebih dahulu akan digunakan dahulu untuk bayi.

 

fifo-breastmilk-storage-3-sokongan-penyusuan
Gambarajah contoh penyusunan storage plastik EBM di dalam freezer mengikut penyusunan FIFO 
fifo-bf-2
Gambarajah contoh penyusunan storage botol EBM di dalam freezer mengikut FIFO

 

 

fifo-bf-3
Penyimpanan EBM di dalam Deep Freezer di asingkan mengikut compartment dan susunan ikut hierarki FIFO

 

TEMPOH MASA PENYIMPANAN EBM

Ramai yang tertanya-tanya mengenai jangka hayat susu EBM yang diperah.

Jangka hayat susu EBM bergantung kepada tempat penyimpanan dan cara pengendaliannya.

Rujukan jadual jangka hayat EBM mengikut DR. Sears adalah seperti di bawah:-

Tempat penyimpanan Suhu Penyimpanan Jangka Masa
(darjah Celcius)
Pada Suhu Bilik 15 darjah C 24 Jam
Pada Suhu Bilik 19-22 darjah C 10 Jam
Pada Suhu Bilik 25 darjah C 4-6 Jam
Dalam Refrigerator 0-4 darjah C 8 Hari
Dalam  freezer compartment (Peti Sejuk Satu Pintu) 2 Minggu
Dalam  freezer compartment (Peti Sejuk Dua Pintu) 3-4 Bulan
Dalam Deep Freezer -19 darjah C 6 Bulan Selebihnya 12 Bulan

SIMPAN? ATAU BUANG?

Jenis Susu EBM Simpan atau Buang? Kenapa?
Baki EBM yang tidak habis di minum oleh bayi Boleh digunakan untuk feeding seterusnya dalam masa 4 jam,jika tidak perlu dibuang. Bakteria daripada mulut bayi boleh merebak ke lebihan susu tersebut ketika bayi minum.
EBM yang telah dicairkan Boleh disimpan di dalam refrigerator selama 24 jam selepas dicairkan, jika tidak digunakan perlu dibuang. Ianya tidak boleh dibekukan semula. Susu EBM yang telah dibekukan telah hilang setengah daripada kandungan imunisasi yang cenderung untuk terdedah kepada pembiakan bakteria setelah ianya diletakkan pula di refrigerator.
EBM yang diletakkan dalam refrigerator untuk 8 hari Pindahkan ke freezer untuk penyimpanan seterusnya, jika tidak perlu dibuang. Di buang kerana susu ibu yang disimpan di dalam refrigerator lebih dari 8 hari mempunyai kecenderungan untuk menyerap bau dan rasa dari persekitaran refrigerator tersebut.

Bagaimana jika saya pam susu tetapi tidak letak dalam cooler bag, dan selepas 4 jam saya sampai di rumah, boleh ke saya pindahkan ke dalam freezer?

Susu ibu yang baru di pam boleh bertahan selama 4-6 jam atau lebih pada suhu bilik. Kajian menunjukkan bakteria tidak tumbuh dengan mudah dalam susu ibu kerana ianya mengandungi nutrien imun. Jadi anda tidak perlu risau dan tergesa-gesa menyimpannya dalam peti sejuk beku. Dalam kes seperti soalan tersebut, anda boleh pindahkan susu yang telah diperah ke dalam freezer selepas 4 jam dari tempoh perahan. Walau bagaimana pun, adalah digalakkan untuk menyejukkannya secepat mungkin sejurus selepas anda mengepam. Jika di office anda ada disediakan refrigerator, anda boleh simpankannya sehingga waktu bekerja tamat dan bawa pulang ke rumah dengan cooler bag berisi ice brick dan apabila anda sampai di rumah anda boleh pindahkannya ke dalam freezer.

 

Moga panduan ini bermanfaat! 🙂

 

Salam sayang,

Kak Maz

 

| ID Shaklee KakMaz: 933888. Boleh gunakan ID Kak Maz di mana2 Cawangan Shaklee (branch) seluruh Malaysia utk dapatkan mana2 produk supplement shaklee pilihan anda dengan harga ejen. (Atau pm KakMaz utk daftar ejen dan jana income selanjutnya 😉|

http://only4u.wasap.my

 

Informasi Tambahan

 

 

3 Comments Add yours

  1. Siti says:

    Boleh ker susu yang baru sahaja diperah dimasukkan terus ke dalam deep freezer…susu yang baru diperah selalunya suam…

    Liked by 1 person

    1. Kak Maz says:

      Boleh. tapi pastikan beberapa ketika berada dalam suhu bilik dahulu sebelum dimasukkan terus ke deep freezer supaya tidak menjejaskan kandungan nutrisi susu ibu 🙂

      Like

  2. Fazi says:

    Saya nk tny susu ebm yg dh diturunkn n yg nk digunakan dlm masa 24 jam blh x letak kt suhu bilik sebelum digunakan n susu tu tahan berapa jam?

    Like

Leave a comment