Anak saya macam tak berapa suka susu EBM walaupun sudah dipanaskan. Macamana ni?

Yeay! Boss bagi balik awal. Sempena esok Chinese New Year 🙂

Tapi Kak Maz tak rasa nak balik lagi. jadi Kak Maz conteng conteng dulu di post Team Susu Ibu ini ya.

Saja nak kongsi pasal sesi mushakaroh dengan Team Susu Ibu tadi. Jangan tak tahu, setiap minggu kami ada tiga sesi mushakaroh atau senang di sebut sesi pencerahan yang fokusnya selama sejam setiap sesi.

Ada tajuk untuk setiap sesi ya. Tajuk itu di kupas dalam masa lebih kurang satu jam. Betapa setiap ahli perlu FOKUS ketika sesi tersebut. Meeting online tersebut hanya di buat diluar waktu kerja ya. Seronok sangat tau! 😉

Ok, tengahari tadi kami sambung perbincangan mengenai Cara Pengurusan EBM. Kali ini kami lebih tumpukan kepada Q & A. Antara soalan yang di utarakan saya coretkan di bawah ya..

Nak tanya anak saya macam tak berapa suka susu EBM walaupun sudah dipanaskan. Kalau fresh baru pam mau je. macamana pulak tu?

 

crying-baby-team-susu-ibu
Baby tak mahu susu EBM bukan sebab tak suka susu EBM, tapi penyediaanya perlulah betul

 

Jika baby mahu minum susu yang baru sahaja di pam, tapi tidak mahu susu EBM (Expressed Breast Milk) maknanya ianya bukanlah isu botol atau puting tiruan, tapi ianya adalah isu ‘kesegaran’ susu ibu tersebut. Makanya ibu kena lihat balik cara penyimpanan dan pemanasan EBM. Sebab suhu ASI yang fresh adalah bersamaan suhu badan ibu!

Kalau ibu perasan selepas Pam, ada wap tersisa pada botol bukan, itulah suhu susu segar dari kilang susu ibu! 😉

Mommies tahu berapa suhunya?

Tak tahu, sama la baby saya kalau susu letak dalam peti sejuk (EBM) je terus taknak minum.

Susu ASI adalah sama dengan suhu badan ibu. Purata suhu normal manusia adalah 36-37 darjah celcius. Jadi bila panaskan tak boleh lebih dari 40 darjah celcius ye. Kalau tidak, musnahlah nutrien dalam air susu ibu itu. Jadi jika diberi diberi jugak EBM yang dipanaskan dengan suhu lebih 40 darjah celcium ianya ibarat memberi minum bayi dengan air kosong sahaja. Kesian bayi kita bukan?

Jadi cuba semak semula cara penyediaannya terutamanya cara mommies cairkan EBM dan cara panaskan EBM, berapa suhu untuk panaskannya? Kalau pakai warmer senang adjust suhu dan masanya bukan?

Kedua, mommies perlu check cara dan posisi memberi minum EBM tersebut dari botol. mommies perlu memberi minum EBM dengan posisi yang sama seperti direct-feeding. Maksudnya, cara memegang bayi hendaklah mengadap ke dada ibu seolah-olah bayi direct latch dengan ibu. Lakukan latihan ini supaya lama kelamaan dia biasa untuk pegang botol sendiri dengan kandungan EBM dalam botol tersebut.

Ketiga, bayi menangis atau menolak susu EBM bukan kerana dia tidak suka akan EBM. Berbalik semula kepada soalan di atas, mungkin bayi inginkan perhatian dari ibu dan ibu perlu bijak menenangkannya dan memujuk bayi. Apabila reda dan bayi di dapati lapar, cuba semula dengan susu EBM tersebut.

Dapat idea untuk atasi masalah ini? Ibu yang alami masalah ini boleh cuba tips di atas dan share ya! 😉

***

Sebenarnya banyak lagi Q&A dalam sesi mushakaroh online Team Susu Ibu kami.Banyak kupasan dapat dibuat  walaupun hanya satu jam per sesi. Sekian, setakat itu dahulu petang ni sebelum cuti sempena perayaan ni. Nanti saya kongsikan lagi ya. Untung siapa yang join team kami, betul tak?

 

Salam sayang,

Kak Maz

|whats’app untuk sokongan penyusuan 011.3957.4049

 

Infomasi Tambahan:

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s